respon sikit...

u follow me....i follow u

lalala...

Saturday, 14 April 2012

EDU 3103 CONTOH SOALAN

hi there...^_^


CONTOH Soalan EDU 3103 PISMP (Nov 2010) dari website pensyarah. 
Terima kasih kepada pensyarah tersebut.


BAHAGIAN A
(20 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini


1.         Konsep komuniti pembelajaran mula diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi dan keuntungan organisasi koperat.

            Dalam institusi pendidikan, khususnya sekolah, melalui komuniti pembelajaran dapat

            (A)       kerjasama ibu bapa

            (B)       belajar bersama-sama dalam persekitaran yang selamat

            (C)       sumber kewangan dan kemudahan

            (D)       membina rangkaian komuniti


2.         Anda ingin melaksanakan aktiviti main dalam pengajaran anda.

Peranan yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah

(A)       perkembangan persekitaran dan fizikal

(B)       perkembangan konsep abstrak

(C)       meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan

(D)       meningkatkan kemahiran tingkahlaku   


3.         Berikut adalah jenis-jenis main kognitif kanak-kanak kecuali

            (A)       Main Konstruktif

            (B)       Main Fantasi

            (C)       Main Dramatik

            (D)       Main Pemerhati


4.         Menurut pandangan Gagne mengenai pembelajaran adalah

            (A)       bersifat sejagat

            (B)       boleh mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku

            (C)       membantu menjadikan suasana menyeronokkan

            (D)       membentuk struktur pandangan yang semakin kompleks


5.         Teori Pembelajaran Behaviourisme memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Antara berikut, manakah merupakan pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru?

(A)       Pemperosesan maklumat

(B)       Pengukuhan berjadual

(C)       Maklumbalas berkala

(D)       Cuba jaya dan sensori


6.         Teori Gestalt memberi tumpuan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.

            Teori ini boleh dikaitkan dengan

            (A)       Teori Konstruktivisme

            (B)       Teori Behaviorisme

            (C)       Teori Kognitif

            (D)       Teori Humanistik


7.         Apabila menggunakan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pelaksanaan berikut perlu ditekankan kecuali

            (A)       memupuk keupayan mengawal dan manipulasi diri (self-regulation)

            (B)       memupuk kecekapan meniru dan reproduksi (self-efficacy)

            (C)       memupuk konsep kendiri positif

            (D)       memupuk kemahiran meniru model yang sesuai


8.         Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja.

            Antara berikut, siapakah yang telah menyatakan petikan teori di atas?

            (A)       Carl Rogers

            (B)       A.H. Maslow

            (C)       Albert Bandura

            (D)       David Ausubel


9.         Sebagai seorang guru, apakah tindakan yang paling sesuai untuk membantu pelajar pintar cerdas?

            (A)       Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar

            (B)       Memberi ujian khas yang mengambilkira keperluan pelajar

            (C)       Meminta pelajar tersebut memimpin kelas

            (D)       Melibatkan murid tersebut secara aktif


10.       Antara berikut, yang manakah cara terbaik bagi membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran?

            (A)       Mengubah bahan pembelajaran jika didapati sukar difahami

            (B)       Pastikan arahan yang diberi adalah konsisten dan jelas

            (C)       Buat analisis tentang kesalahan yang dilakukan dan ambil tindakan

            (D)       Beri penjelasan dengan suara yang cukup kuat serta lantang 
11.       Apakah yang dimaksudkan dengan model pemperosesan maklumat?
(A)         Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(B)         Guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(C)         Pelajar-pelajar berada dalam satu kumpulan dan menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan
(D)         Pengajaran berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berurutan
12.       Salah satu model pengajaran dalam Model Sistem Behavioris ialah pengajaran masteri.
            Nyatakan proses pengajaran masteri yang betul.
I.          Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks
II.            Disampaikan secara individu malalui bahan pengajaran dan pembelajaran
III.           Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti
IV.          Dijalankan ujian
V.           Selepas ujian dipindahkan ke unit yang baru dan yang tidak menguasai kemahiran ulang semula pada bahagian yang tidak dikuasai
(A)       I, II, dan III sahaja
(B)       II, III, dan IV sahaja
(C)       I, II, IV, dan V sahaja
(D)       I, III, IV, dan V sahaja
13.       Pernahkah anda mendengar mengenai istilah main peranan? Cuba anda nyatakan apa yang anda faham dengan istilah ini
(A)       Main peranan membantu pelajar untuk berdikari dalam membentuk watak yang diberikan kepadanya   
(B)       Main pernan boleh membantu murid untuk berkenalan antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti dalam kelas
(C)       Main peranan akan membentuk murid berkolaborasi untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan atau kelas.
(D)       Main peranan membantu murid memahami tingkah laku sosial, dan memahami peranan mereka dalam intraksi sosial, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan
14.       Dalam model personal guru-guru mestilah berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli-ahli humanistik. Antara model yang menekankan kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti adalah pengajaran
(A)       Synetics
(B)       fasilitatif
(C)       berkumpulan
(D)       kesedaran kendiri
15.       Semasa mengajar di dalam kelas 3B cikgu Azmi mendapati murid-muridnya tidak begitu memberi perhatian. Sekiranya anda berada di tempat cikgu Azmi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masah tersebut?
(A)       Tegas sewaktu mengajar
(B)       Kuatkan  suara sewaktu mengajar
(C)       Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik
(D)       Mengaplikasikan modul-modul pengajran yang bersesuaian dengan topik pengajaran                 
16.






    

Apakah pendekatan X
(A)       Personal
(B)       Integratif
(C)       Naturalistik
(D)       mediatif

17.       Pernyataan di bawah merupakan tujuan guru menggunakan kaedah sumbangsaran, kecuali
(A)       menarik perhatian murid terhadap satu-satu topik yang khusus
(B)       memberi peluang murid menjana idea mengenai topik tersebut
(C)       mengajar mereka supaya dapat bersosial dalam satu kumpulan
(D)       mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu 
18.       Apakah kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai kecerdasan Verbal-Linguistik?
(A)       Artisan
(B)       Pemberita
(C)       Ahli teologi
(D)       Pegawai Kebajikan Sosial
19.       Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman diri individu. Oleh itu motivasi ini amat sukar untuk diterapkan kepada pelajar.Sebagai seorang guru bagaimanakah cara untuk anda menerapkan motivasi intrinsik ini?
(A)       Berikan pengalaman mencabar kebolehan mereka
(B)       Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik
(C)       Berikan ganjaran setiap perubahan tingkah laku yang diingini
 (D)      Nyatakan matlamat yang ingin dicapai sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula
20.       Cikgu Hanif sentiasa memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Kebanyakan pelajar kelas 2D tidak suka apabila cikgu Hanif masu ke kelas. Keadan ini menyebabkan prestasi mata pelajaran matematik yang diajar oleh cikgu Hanif merosot setiap kali peperiksaan.
Jika anda adalah rakan cikgu Hanif apa yang akan anda cadangkan kepada cikgu Hanif?
(A)       Mengajar secara kaedah berkumpulan  
(B)       Berikan tumpuan kepada setiap individu
(C)       Membina hubungan yang baik dengan pelajar
(D)       Membentuk sifat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar




BAHAGIAN B
(40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1.         Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential.
(a)       Nyatakan dua kaedah yang boleh dilaksanakan melalui pengalaman langsung.
            (i) ___________________________________________________
            (ii) ___________________________________________________

                                                                                            (4 markah)

(b)       Senaraikan tiga kriteria utama dalam pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum.
            (i) ___________________________________________________
            (ii) ___________________________________________________
            (iii) ___________________________________________________

                                                                                        (6 markah)



 2.         Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek  fizikal, intelek, sosial dan emosi.

 (a)       Senaraikan dua jenis main kognitif.
 (i) _________________________________________
(ii) _________________________________________

                                                                                       (4 markah)

(b)       Nyatakan tiga ciri-ciri main.
            (i) ___________________________________________________
            (ii) ___________________________________________________
            (iii) ___________________________________________________

                                                                                        (6 markah)


3.         Apabila guru menyedari  kebolehan setip pelajarnya yang mempunyai pelbagai kebolehan maka mudah baginya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat merancang jenis-jenis penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan murid.

(a)       Antara contoh contoh penilaian yang boleh diberikan ialah
            (i)_______________________________________________________
            (ii)______________________________________________________
            (iii)______________________________________________________
            (iv)______________________________________________________
            (V)______________________________________________________
                                                                                                            (5 markah)

 (b)       Nyatakan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan  pembelajaran.
            (i)_______________________________________________________
            (ii)______________________________________________________
            (iii)______________________________________________________
            (iv)______________________________________________________
            (v)______________________________________________________
                                                                                                            (5 markah)



4.         Teori Atribusi Weiner merupakan salah satu teori motivasi yang menggunakan pendekatan kognitif. Teori ini mempunyai beberapa andaian asas.
(a)       Berikan dua andaian tersebut
  (i)_______________________________________________________
   _______________________________________________________
   _______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
    ______________________________________________________
    ______________________________________________________
                                                                                                (4 markah)

(b)       Menurut Weiner atribut boleh wujud dalam tiga dimensi iaitu
            (i)_______________________________________________________
            (ii)______________________________________________________
            (iii)______________________________________________________
                                                                                                            (6 markah)
                       




BAHAGIAN C
(40 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1.            Guru Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya.
(a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? (sintesis)
(b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? (penilaian)

2.        SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar.
(a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? (aplikasi)
(b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis)

 3.       Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat.
(a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis)
(b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? (Penilaian)


Sumber :  NOTA DAN CONTOH SOALAN


Tolong klik>>TABUNG KELAS

Buat Tabung Online U olls Sendiri

MD: Kalau ada contoh lain untuk dikongsikan...sila emailkan kat diana.zailan@yahoo.com.
      ~ ada contoh2 soalan dan jawapan juga dalam ni...tapi kena cari sendiri kat sana ------------>



8 comments:

  1. olololooo...mekasih adik diana weh...sbb baaaaaanyak tulun kami sume2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam kenal je...hehehe...kasih diterima...and terima kasih juga sbb sudi singgah sini....

      Delete
  2. tolong la...jangan mintak nak emel2....style lama laa...D.I.Y~Do It Yourself k
    (kecuali kalo terpaksa sgt)huhuhu

    ReplyDelete
  3. BIG thanx 2 d owner 4 dis entry ;))

    ReplyDelete
  4. tq dik, makcik ni tgh cr cth2 soalan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen...^__^ ....
terutama yang copypaste sini jugaks...hehehe

hi there ^_^ let's cit-chat ...means u care

sedang diupgrade

hulurkan jari..ringankan tangan ...klik sahaja sudah cukup membantu..tq