yang menjadi isu..... |
kredit>>>Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan? | Berita Semasa:
'via Blog this
MD cuma nak share beberapa komen bernas yang menarik perhatian MD dalam link blog di atas....untuk ulasan dan komen-komen terbaeeekkk berkaitan SBPA ini....dan luahan perasaan antara GURU VS ORANG AWAM.....Sila la klik link berita semasa di atas. Terima kasih....
komen 1
elly
December 28, 2011 at 3:35 pm
syabas kepada saudara guru yg memberikan komentar yg sangat baik di atas.
untuk pengetahuan saudara saya pun mengalami nasib yg sama seperti cikgu. jika di fikirkan balik mahu saya serahkan balik ijazah yg saya dapat dekat um pd tahun 2005 dulu. bayangkan kawan saya yg posting pada tarikh yg sama iaitu pada tahun 1997, dan sama2 telah sambung belajar ke peringkat ijazah. saya gred lebih awal dari kawan saya iaitu pd thn 2005 dan kawan saya pada thn 2008 tetapi gaji saya di bawah skim sbpa berbeza hampir 3 tangga gaji, sedangkan kami posting dg 29 pada tarikh yg sama. bezanya lagi beliau sambung belajar secara separuh masa dan yuran ditanggung oleh kementerian pelajaran. saya pula mengikuti pengajian sepenuh masa dan terikat pinjaman dengan ptptn sebanyak rm24 ribu. kalau nak di fikirkan dimanakah keadilan untuk kami golongan guru yg menyambung pelajaran secara sepenuh masa. saya rasa ada beribu-ribu lagi guru yg mengalami nasib yg sama macam saya. tapi kalau difikirkan balik apalah gunanya kita dok berbalah pasal gaji apa yg lebih penting lagi adalah beban tugas yg terpaksa kita tanggung. bayangkan guru senior yg menyambung pelajaran selepas di lantih ke dg 41 akan menjadi org baru dan akan dibebani dengan tugas2 guru2 dg 44 . apapun kita mesti ingat gaji bukan segala-galnya bagi kita. apa yg lebih penting adalah keiklasan terhadap tugas yg telah di beri. saya rasa kalau guru yg mengalami nasib sepeti saya ini akan merasa di anaktirikan dan menyumbang kepada hilang nya rasa ikhlas untuk melaksanakan tugas.
komen 2
Slumber kadak
December 28, 2011 at 6:41 pm
Aku sgt2 menyokong kenyataan ko nie…Walaupon bukan 100%..Pada pandangan aku, kite selalu sgt nak compare kan gaji. Kite kne tanya diri sendiri aper niat kite sebenarnyer???? nak Kaya? nak Relaks? nak Lepak-lepak smbil baca surat khabar pkol 8 punch card, pkol 9.30 pegi minum??( bukan semua org kerajaan mcm nie eh, sebilangan jer)..Nak kaya berniaga, nak relaks pegi mengaggur ar, nak punch card pkol 8,pkol 9.30 pegi lepaking…Rezeki masing-masing makcik,pakcik,akak,abang,cikgu oiii…, penah x korang tanya berape lama orang kerja swasta kerja?? pernah x korang tanya manager McD,KFC,Pizza Hut kerja brape lame sehari,dgan gaji xsmpai Rm2000??? Pernah x korang tanya Doktor dan Nurse kat hospital berape lame diorang kerja sehari nak rawat and jage pesakit…
HIDUP NIE KENE SENTIASA BERSYUKUR, KAT LUAR TU BERLAMBAK LAGI ORANG KERJA SWASTA KENE BUANG KERJA STILL MENCARI KERJA…KERJA DAH TERJAMIN PON MASIH LAGI NAK BISING-BISING..
(p/s :MESTI ADER YG HENTAM AKU LEPAS NIE…hehehehe)
MD: bersyukur sebab jadi guru....rezeki ALLAH aturkan....banyak lagi kerja lain yang susah...gaji pun sikit...
MD: bersyukur sebab jadi guru....rezeki ALLAH aturkan....banyak lagi kerja lain yang susah...gaji pun sikit...
komen 3
Transformer
December 28, 2011 at 10:59 pm
Lawak ehh cara cikgu skrg bercakap. Macam kejer dia jer yang paling susah kat atas dunia nie….. Lu rasa susah sgt. lu ganti jd doktor ker, eng ker, then lu compare lah sendiri mana lagi berbaloi nanti. Bersyukurlah apa yang ada… ko ingat orang lain takda ker yg skit.. tapi skim lain tak sampai nak bgtahu satu dunia pun pasal gaji kurang……….. aku dah jadi meluat dengan guru nih…asyik nak complain jerrr…. keje macam tak ikhlas jerr.
MD: sesetengah guru tu bukan tak ikhlas.....nak luahkan perasaan je....^_^
MD: sesetengah guru tu bukan tak ikhlas.....nak luahkan perasaan je....^_^
komen 4
ali
December 29, 2011 at 12:26 pm
aysik2 cikgu. asyik2 guru.. yang bekerja dalam kerajaan cuma golongan ni je la.. kakitangan lain cuma spare part je la…kakak, abang, isteriku cikgu, aku dulu pun kerja di sekolah hampir 10 tahun. tahu dah kerenah cikgu ni.. dulu pun penah jadi guru sandaran. semua yang di nyatakan semua hal yang remeh temeh.. penah tak rasa keja dari kol 7 sampai 5 petang? semua keja di habis dalam masa tu.. kalau tak terpaksa bawa balik. kalau cikgu?? tentu bising.. cikgu berapa jam je keja dalam sehari.. kalau yang dapat 2 masa sehari brapa jam je kerja? 1 masa 45 minit. 2 masa brapa ye.. pastu pi mana?? balik tengahari.. nak jadi hakim mana2 tu di buat setiap hari ka?? brapa kali dalam setahun?? kerja cikgu paling selamat dan senang.. berbanding yang jadi doktor, jurutera and lain2 .. kalau pasal kerja dan pasal gaji pasti cikgu yang merungut.. di suruh kerja 9 jam bising. cakap kerja diorang lebih 9 jam.. buat semakan kerja budak di rumah.. dari dok rilek baca surat khabar, main internet, dok kantin, dok sembang2 baik buat di sekolah.. tak la bawa ke rumah. macam kerani.. kalau dia orang tak buat kerja di sekolah tentu diorang bawa kerja ke rumah.. dah kerja 8 jam sehari. di tambah kerja rumah 10 jam.. brapa jam diorang kerja..
doktor kerja 48 jam sehari pun tak de dengar merungut pasal gaji, pasal kerja.. cikgu cuma berdepan dengan budak.. saban tahun kerja tetap sama.. ada sesetengah cikgu kalau budak buat hal.. buat tak nampak je.. mana de diorang nak tegur budak tu.. budak bergaduh diorang jalan kat tempat lain. budak merokok buat2 tak nampak… naik pangkat bukan ada pi dok exam.. cukup 8 tahun terus dapat naik pangkat. kalau yang sambung belajar terus naik jadi DG41.. kalau macam saya.. terpaksa apply kerja lain sesuai dengan kelayakan… tak macam cikgu.. senang je naik pangkat.. cuti 5 bulan setahun.. di suruh kerja sikit terus merungut.. cakap kerja cikgu susah… orang bukan profession guru tak tahu. cuma guru je yang tahu. jangan kan orang dewasa.. budak sekolah pun tahu macam mana tugas seorang cikgu… cuba la pikir hal kakitangan lain.. ada ka diorang merungut di beri tugas lain.. macam pembantu makmal, kerani, pegawai2 lain… ada yang buat angkat meja&kerusi, repair meja, cat dinding, cat meja, cat pagar, cat jalan, bekebun, cuci longkang, sapu sampah, buang sampah, jadi jaga, jadi trafik jalan, semua orang pun ada tugas tambahan… tapi tak de la dok melalak cakap kerja banyak… gaji jauh beza.. kalau dah di gred 17 terima je la gaji tu.. kalau rajin sambung belajar.. cari kerja 41.. kalau dah sampai 41 kerja rajin2.. dapat 44.. pastu seterusnya.. bagi yang cikgu.. tak yah rajin2.. cukup 8 tahun dapat time based, pastu dapat 41, keja 8 tahun lagi dapat DG44, pastu DG 48, DG52, JUSA.. ada guru cermerlang, guru pakar, guru bistari.. semua ada.. tak perlu duduk exam nak naik pangkat. tak perlu duduk KPSL nak naik pangkat. pegawai lain…. apa yang ada.. tak de pun pegawai cemerlang, pegawai pakar, pegawai bistari… tapi kami masih juga tetap terus kan kerja…
MD: kalau tak suka jadi cikgu senang je...dengan SBPA....boleh apply keje jabatan lain..ye tak?? hehehe
MD: kalau tak suka jadi cikgu senang je...dengan SBPA....boleh apply keje jabatan lain..ye tak?? hehehe
komen 5*** (Terbaik)
Aku Bukan Ustaz
December 28, 2011 at 3:35 pm
Gaji dah banyak ribu pun tak cukup lagi? Pelik betul. Kalau dah kahwin, ada anak tu kira logik jugak. Yang hidup bujang pon tak cukup dengan gaji beribu-ribu setiap bulan? Ni mesti sebab asyik melayan kehendak lebih daripada keperluan. Takpon sebab pergi enjoy. Baik lepak kat rumah, baring-baring sambil layan movie, atau baca al-Quran. Ada juga faedahnya.
Bila diberi pilihan kehendak dan keperluan, rasa-rasa yang mana satu patut kita dahulukan? Bagi mereka yang ada banyak duit boleh la penuhi kedua-kedua kehendak dan keperluan. Bagi yang bekerja dengan gaji biasa-biasa je, aku rasa tak payah layan sangat la kehendak hati tu. Pilih perkara atau benda yang betul-betul diperlukan je, baru la tak timbul masalah gaji tak cukup. Tak rugi apa-apa pon kalau kita korban kehendak tu untuk penuhi keperluan kita. Jangan jadikan kehendak sebagai keperluan dah la. Nanti hidup jadi kucar kacir.
Dulu aku pernah bekerja di KL dengan gaji RM600 sebulan. Ramai yang tanya (pelik kot) macam mana aku boleh hidup di KL dengan gaji kecil. Masa tu, setiap bulan lepas dapat gaji aku kena buat bajet kewangan. Bajet untuk keperluan didahulukan berbanding kehendak. Kehendak hati tu memang ada nak beli macam-macam tapi terpaksa buang jauh-jauh dulu. Lagipun kehendak tu tak diperlukan sangat buat masa tu. Dah nama pun KEHENDAK. Lawan dugaan nafsu tu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Pernah juga seminggu tak makan apa-apa sementara tunggu duit gaji masuk. Minum air kosong je hari-hari. Masa tu, makanan dah jadi seperti kehendak dan minuman pula jadi keperluan sebab badan manusia ni perlukan air lebih daripada makanan. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Duit yang ada baki pun dah bajet untuk keperluan minyak motor dan kalau-kalau berlaku kecemasan macam tayar motor pancit ke motor rosak ke, atau sebagainya.
Sebagai manusia kita memang takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. Setiap hari kita berdoa kepada Allah minta dilimpahkan rezeki. Tapi bila dah diberi rezeki, kita nak rezeki yang lebih lagi. Begitulah seterusnya. Tak pernah cukup dengan apa yang dah sedia ada.
Dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak semisal itu pula. Mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari)
Syukur Alhamdulillah, Tuhan dah beri aku rezeki yang aku rasa cukup sekarang ni. Jika diberi rezeki yang lebih lagi, kira sebagai bonus la tu. Alhamdulillah. Sehingga ke hari ni juga aku masih utamakan keperluan lebih daripada kehendak. Berkat amalan macam tu aku dah boleh sediakan sedikit duit untuk mak abah aku. Balik kampung hari tu rasa sayu je bila tengok mak abah aku duduk di kerusi Tesco sementara tunggu aku bayarkan barang-barang dapur yang dibeli. Bayangkan mak abah kita dulu susah payah cari duit, sanggup lupakan kehendak sendiri semata-mata untuk penuhi keperluan dan kehendak kita sebagai anak. Nanti kita pun akan buat macam tu juga untuk anak-anak kita. So, buat persiapan awal-awal supaya kelak dapat dipenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.
Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba yang memiliki sifat ‘ghina’ yang sentiasa merasa cukup dan puas hati dengan nikmat harta yang telah Allah berikan. InsyaAllah.
MD: Muhasabah diri....walaupun setiap orang berhak untuk komen atau beri pendapat masing-masing...kita kena sedar rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut dari ALLAH....Pandai-pandai uruskan kewangan...semua orang ada masalah...tapi kena sedar....ada orang bergaji kecil tapi sebab keberkatan ada...rajin dan ikhlas, ALLAH akan cukupkan . Ada orang, gaji ribu riban....tak cukup-cukup juga....jadi banyak2 kan beristighfar and again muhasabah diri sendiri.....Kalo tak boleh juga~ "muhasarawak" je la.....kuikuikui
MD: Muhasabah diri....walaupun setiap orang berhak untuk komen atau beri pendapat masing-masing...kita kena sedar rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut dari ALLAH....Pandai-pandai uruskan kewangan...semua orang ada masalah...tapi kena sedar....ada orang bergaji kecil tapi sebab keberkatan ada...rajin dan ikhlas, ALLAH akan cukupkan . Ada orang, gaji ribu riban....tak cukup-cukup juga....jadi banyak2 kan beristighfar and again muhasabah diri sendiri.....Kalo tak boleh juga~ "muhasarawak" je la.....kuikuikui