MAKLUMAN UNTUK ANDA
Maklumat dibawah sekadar nota rujukan yang saya ambil copy paste daripada group FB . Terima kasih kepada cikgu-cikgu berkenaan yang menyumbang idea dan masa untuk meringkaskan maklumat berkenaan SBPA ini. Sejujurnya saya pun baru sepintas lalu baca dan masih cuba memahami sebelum taklimat rasmi diberikan. Jika ada salah silap berkaitan penulisan artikel ini, saya minta maaf dan anggap sahaja sbg panduan awal sebelum ketua jabatan menerangkan perkara ini dengan jelas. Dengan ini saya tidak bertanggungjawab dengan segala kesulitan yang akan berlaku di masa hadapan berkaitan dengan artikel dibawah. Terima kasih kerana sudi membaca.
versi 1
baru senang nak baca!!!
Maklumat Tentang Gaji Guru SBPA 2012:
Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat.
Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI
yang dijalankan.
Untuk makluman, selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu
diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.
Perubahan Gred DG
1) Guru DG41
Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun
2) Guru DG 44
Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun
3) Guru DG 48
Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun
4) Guru DG 52
Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun
5) Guru DG54
Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320
Untuk maklumat penuh, boleh rujuk pada artikel Cikgu Aried :
Perubahan DG Guru Gred DG 41 = 1-1, DG44 = 1-2, DG48 = 1-4, DG52 = 1-5,dan
54 = 1-6
versi 2
Baca dgn berhati2 sistem gaji baru bermulai 16/12/2011 kenaikannya camana... Baca dan
fahami...
1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign
borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.
2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA
3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4
peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi)
(3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)
4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.
5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan.
mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan
peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan
dilaksanakan.
6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar dari sektor kerajaan ke swasta atau
kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada
beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan
tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan
Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)
7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan
sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan
kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.
8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang
melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat
kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam
sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima
9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak
SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58
MD: Terima kasih banyak2 pada cikgu-cikgi ni. Kalau nak
tunggu Md tak tau la, malasnya nak baca. Tunggu GB explain
kat meeting je la jawabnya... tapi untuk anda lebih
jelas dan sahih lagi sila rajinkan diri rujuk link di bawah ya.
^_^
tunggu Md tak tau la, malasnya nak baca. Tunggu GB explain
kat meeting je la jawabnya... tapi untuk anda lebih
jelas dan sahih lagi sila rajinkan diri rujuk link di bawah ya.
^_^
klik sini>>>http://www.moe.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/guru/pp132011-pendidikan.pdf
klik sini>>>http://docs.jpa.gov.my/Intipati_Pelaksanaan_SBPA.pdf