CONTOH Soalan EDU 3103 PISMP (Nov 2010) dari website pensyarah.
Terima kasih kepada pensyarah tersebut.
BAHAGIAN A
(20 markah)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Konsep komuniti pembelajaran mula
diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan
prestasi dan keuntungan organisasi koperat.
Dalam institusi pendidikan,
khususnya sekolah, melalui komuniti pembelajaran dapat
(A) kerjasama
ibu bapa
(B) belajar
bersama-sama dalam persekitaran yang selamat
(C) sumber
kewangan dan kemudahan
(D) membina
rangkaian komuniti
2. Anda ingin melaksanakan aktiviti main
dalam pengajaran anda.
Peranan yang perlu diberi pertimbangan
dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah
(A) perkembangan
persekitaran dan fizikal
(B) perkembangan
konsep abstrak
(C) meningkatkan
kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
(D) meningkatkan
kemahiran tingkahlaku
3. Berikut adalah jenis-jenis main
kognitif kanak-kanak kecuali
(A) Main
Konstruktif
(B) Main
Fantasi
(C) Main
Dramatik
(D) Main
Pemerhati
4. Menurut pandangan Gagne mengenai
pembelajaran adalah
(A) bersifat
sejagat
(B) boleh
mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku
(C) membantu
menjadikan suasana menyeronokkan
(D) membentuk
struktur pandangan yang semakin kompleks
5. Teori Pembelajaran Behaviourisme
memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Antara berikut, manakah merupakan
pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru?
(A) Pemperosesan
maklumat
(B) Pengukuhan
berjadual
(C) Maklumbalas
berkala
(D) Cuba
jaya dan sensori
6. Teori Gestalt memberi tumpuan kepada
cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
Teori ini boleh dikaitkan dengan
(A) Teori
Konstruktivisme
(B) Teori
Behaviorisme
(C) Teori
Kognitif
(D) Teori
Humanistik
7. Apabila menggunakan Teori Pembelajaran
Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pelaksanaan berikut perlu
ditekankan kecuali
(A) memupuk
keupayan mengawal dan manipulasi diri (self-regulation)
(B) memupuk
kecekapan meniru dan reproduksi (self-efficacy)
(C) memupuk
konsep kendiri positif
(D) memupuk
kemahiran meniru model yang sesuai
8. Pengalaman setiap individu adalah
fenomena-logikal iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu
sendiri sahaja.
Antara berikut, siapakah yang telah
menyatakan petikan teori di atas?
(A) Carl
Rogers
(B) A.H.
Maslow
(C) Albert
Bandura
(D) David
Ausubel
9. Sebagai seorang guru, apakah tindakan
yang paling sesuai untuk membantu pelajar pintar cerdas?
(A) Menyediakan
bahan pembelajaran yang lebih mencabar
(B) Memberi
ujian khas yang mengambilkira keperluan pelajar
(C) Meminta
pelajar tersebut memimpin kelas
(D) Melibatkan
murid tersebut secara aktif
10. Antara berikut, yang manakah cara terbaik
bagi membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran?
(A) Mengubah
bahan pembelajaran jika didapati sukar difahami
(B) Pastikan
arahan yang diberi adalah konsisten dan jelas
(C) Buat
analisis tentang kesalahan yang dilakukan dan ambil tindakan
(D) Beri
penjelasan dengan suara yang cukup kuat serta lantang
11. Apakah
yang dimaksudkan dengan model pemperosesan maklumat?
(A)
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(B)
Guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran
(C)
Pelajar-pelajar berada dalam satu kumpulan dan
menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan
(D)
Pengajaran berfokuskan kepada naluri semulajadi
kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik
dan berurutan
12. Salah
satu model pengajaran dalam Model Sistem Behavioris ialah pengajaran masteri.
Nyatakan
proses pengajaran masteri yang betul.
I. Isi pelajaran disusun daripada mudah
kepada kompleks
II.
Disampaikan
secara individu malalui bahan pengajaran dan pembelajaran
III.
Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu
sebelum merancang aktiviti
IV.
Dijalankan ujian
V.
Selepas ujian dipindahkan ke unit yang baru dan
yang tidak menguasai kemahiran ulang semula pada bahagian yang tidak dikuasai
(A) I,
II, dan III sahaja
(B) II,
III, dan IV sahaja
(C) I,
II, IV, dan V sahaja
(D) I,
III, IV, dan V sahaja
13. Pernahkah
anda mendengar mengenai istilah main peranan? Cuba anda nyatakan apa yang anda
faham dengan istilah ini
(A) Main
peranan membantu pelajar untuk berdikari dalam membentuk watak yang diberikan
kepadanya
(B) Main
pernan boleh membantu murid untuk berkenalan antara satu sama lain semasa
menjalankan aktiviti dalam kelas
(C) Main
peranan akan membentuk murid berkolaborasi untuk melakukan aktiviti bersama-sama
dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan atau kelas.
(D) Main
peranan membantu murid memahami tingkah laku sosial, dan memahami peranan
mereka dalam intraksi sosial, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan
lebih berkesan
14. Dalam
model personal guru-guru mestilah berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan
oleh ahli-ahli humanistik. Antara model yang menekankan kepada perkembangan dan
aplikasi kreativiti adalah pengajaran
(A) Synetics
(B) fasilitatif
(C) berkumpulan
(D) kesedaran
kendiri
15. Semasa
mengajar di dalam kelas 3B cikgu Azmi mendapati murid-muridnya tidak begitu
memberi perhatian. Sekiranya
anda berada di tempat cikgu Azmi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masah
tersebut?
(A) Tegas
sewaktu mengajar
(B) Kuatkan suara sewaktu mengajar
(C) Menggunakan
alat bantu mengajar yang menarik
(D) Mengaplikasikan
modul-modul pengajran yang bersesuaian dengan topik pengajaran
16. | |||||||||
Apakah
pendekatan X
(A) Personal
(B) Integratif
(C) Naturalistik
(D) mediatif
17. Pernyataan di bawah merupakan tujuan guru
menggunakan kaedah sumbangsaran, kecuali
(A) menarik perhatian murid terhadap
satu-satu topik yang khusus
(B) memberi peluang murid menjana idea
mengenai topik tersebut
(C) mengajar
mereka supaya dapat bersosial dalam satu kumpulan
(D) mengajar
mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu
18. Apakah
kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai kecerdasan Verbal-Linguistik?
(A) Artisan
(B) Pemberita
(C) Ahli
teologi
(D) Pegawai
Kebajikan Sosial
19. Motivasi
intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman diri individu. Oleh itu motivasi ini amat sukar untuk diterapkan
kepada pelajar.Sebagai
seorang guru bagaimanakah cara untuk anda menerapkan motivasi intrinsik ini?
(A) Berikan
pengalaman mencabar kebolehan mereka
(B) Guru
perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik
(C) Berikan
ganjaran setiap perubahan tingkah laku yang diingini
(D) Nyatakan matlamat yang ingin dicapai
sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula
20. Cikgu
Hanif sentiasa memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kebanyakan pelajar kelas 2D tidak suka apabila cikgu Hanif masu ke kelas.
Keadan ini menyebabkan prestasi mata pelajaran matematik yang diajar oleh cikgu
Hanif merosot setiap kali peperiksaan.
Jika
anda adalah rakan cikgu Hanif apa yang akan anda cadangkan kepada cikgu Hanif?
(A) Mengajar secara kaedah berkumpulan
(B) Berikan
tumpuan kepada setiap individu
(C) Membina
hubungan yang baik dengan pelajar
(D) Membentuk sifat kerjasama di kalangan
pelajar-pelajar
BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Pengalaman
langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential.
(a) Nyatakan dua kaedah yang boleh dilaksanakan melalui pengalaman langsung.
(i)
___________________________________________________
(ii)
___________________________________________________
(4 markah)
(b) Senaraikan tiga kriteria utama dalam pengalaman
belajar kanak-kanak yang optimum.
(i)
___________________________________________________
(ii)
___________________________________________________
(iii)
___________________________________________________
(6 markah)
2. Main
merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi.
(a) Senaraikan dua jenis main kognitif.
(i)
_________________________________________
(ii)
_________________________________________
(4 markah)
(b) Nyatakan tiga ciri-ciri main.
(i)
___________________________________________________
(ii)
___________________________________________________
(iii)
___________________________________________________
(6 markah)
3. Apabila
guru menyedari kebolehan setip
pelajarnya yang mempunyai pelbagai kebolehan maka mudah baginya untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat
merancang jenis-jenis penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
(a) Antara contoh contoh penilaian yang boleh
diberikan ialah
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(iv)______________________________________________________
(V)______________________________________________________
(5
markah)
(b)
Nyatakan implikasi perbezaan
individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(iv)______________________________________________________
(v)______________________________________________________
(5
markah)
4. Teori
Atribusi Weiner merupakan salah satu teori motivasi yang menggunakan pendekatan
kognitif. Teori ini mempunyai beberapa andaian asas.
(a) Berikan dua andaian tersebut
(i)_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
(4
markah)
(b) Menurut Weiner atribut boleh wujud dalam
tiga dimensi iaitu
(i)_______________________________________________________
(ii)______________________________________________________
(iii)______________________________________________________
(6
markah)
BAHAGIAN C
(40 markah)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1.
Guru
Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar
ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai
bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif
dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya.
(a) Berdasarkan situasi di atas,
kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? (sintesis)
(b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda
dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut? (penilaian)
2. SK Sungai Wang merupakan
sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi
untuk belajar.
(a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda
dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih
cemerlang dalam UPSR? (aplikasi)
(b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan
implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis)
3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola
besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1,
murid-murid memberi respons bola besi lebih berat.
(a) Berikan sebab berlakunya keadaan
sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis)
(b) Jika anda adalah guru tersebut,
bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum?
(Penilaian)
Sumber : NOTA DAN CONTOH SOALAN
Tolong klik>>TABUNG KELAS
Buat Tabung Online U olls Sendiri
MD: Kalau ada contoh lain untuk dikongsikan...sila emailkan kat diana.zailan@yahoo.com.
~ ada contoh2 soalan dan jawapan juga dalam ni...tapi kena cari sendiri kat sana ------------>
olololooo...mekasih adik diana weh...sbb baaaaaanyak tulun kami sume2 ni...
ReplyDeletemacam kenal je...hehehe...kasih diterima...and terima kasih juga sbb sudi singgah sini....
Deletetolong la...jangan mintak nak emel2....style lama laa...D.I.Y~Do It Yourself k
ReplyDelete(kecuali kalo terpaksa sgt)huhuhu
soalan diatas ada jawapan tak
ReplyDeletetakde cikgu...kena buat group discussion.
DeleteTerima kasih cikgu...
ReplyDeleteBIG thanx 2 d owner 4 dis entry ;))
ReplyDeletetq dik, makcik ni tgh cr cth2 soalan...
ReplyDelete