Assalamualaikum w.b.t...^_^
Masih ingatkah anda pada tragedi 9/11/2001?. Kali ni MD nak share tentang misteri di sebalik tragedi itu...Bahan ini adalah hasil perkongsian TEAMBONGKAR di rangkaian FB
Anda perlu baca dari awal hingga akhir. Jika anda seorang yang skeptikal, teruskan saja pembacaan anda, jangan henti sekerat jalan kerana sebenarnya ia amat menarik. Malah, boleh dikatakan, ia juga agak menakutkan! (terutama tips yang bahagian akhir tu)
Renung-renungkan......
1. Nama ‘NEW YORK CITY’ terbina dari 11 huruf & Nama ‘AFGHANISTAN’ juga terbina dari 11 huruf
2. Nama pengganas yang pernah membuat ugutan untuk menyerang Menara Berkembar (NY Twin Towers) pada tahun 1995 adah ‘Ramsin Yuseb’. Nama ini terbina dari 11 huruf. Nama ‘GEORGE W BUSH’ juga terbina dari 11 huruf.
3. New York adalah negeri ke 11 bagi Negara US
4. Kapal terbang pertama yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 11. (flight number 11). Kapal terbang ini membawa 92 penumpang. 9 + 2 = 11
5. Kapal terbang kedua yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 77 (flight number 77). Pesawat ini membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11
6. Tragedi ini berlaku pada 11hb September. Ia juga dikenali dengan peristiwa 9/11. 9 + 1+ 1 =11. Fakta angka (tarikh) 9/11 ini menyerupai nombor kecemasan Negara US iaitu ‘Rescue 911’
7. Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11.
8. 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11
9. Peristiwa pengeboman besar yang berlaku selepas daripada insiden Twin Towers New York City ialah di Madrid pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
10. Tragedi di Madrid ini berlaku 911 hari selepas tragedi ‘9/11’ di New York
11. Menurut fakta Bangunan ‘Twin Towers’ ini dikatakan mempunyai 110 tingkat. Apabila disemak di dalam AlQuran, pada ;
Surah ke 9 adalah surah AL-TAUBAH (surah ini tidak dimulakan bacaannya dengan kalam Bismillah). Surah ini ada 129 ayat. Dari ayat 1 hingga 93 ia berada di Juzu’ ke 10 dalam Al-Quran, manakala seterusnya dari ayat 94 hingga akhir (129) – ia berada di Juzu’ ke 11 dalam Al-Quran.
Apabila disemak pada surah ini (surah 9), juzu’ ke 11 & ayat ke 110, kita akan bertemu dengan cerita BANGUNAN (mula dari ayat 109-110) iaitu:
(109) Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.
(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Itu sahaja 11 fakta tentang “RAHSIA ANGKA 11 dan Tragedi 9/11”. Sebelum berundur, cubalah tips ni:
1. Buka Microsoft Word. Kemudian, taipkan Q33 NY . (Ini adalah no Kod Pesawat kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers) dan juga NYC.
Taip seperti ini : Q33 NY NYC
2. ‘Highlight’kannya dengan tetikus anda dan tukar ke ‘font’ saiz 48..
3. Tukarkan pula jenis ‘font’ (jenis tulisan) ke “Wingdings” (yang bermaksud ‘sayap yang berbunyi seperti loceng’) ...
4. Hasilnya..... ??!
misteri........................................................
MD: Kehendak Allah....
sebenarnya banyak lagi rahsia2 yang dunia tak mengetahui disebalik semuayang berlaku ni.
ReplyDelete1. ini adalah rancangan Amerika sendiri.
2. salah satu daripada rancangan tentera2 dajal untuk membangkitkan dajjal semua
3. semua dalang2 di belakang kejadian adalah dari kaum2 yahudi sendiri.
4. tiada satu pun bangsa yahudi di dalam bangunan tersebut dan yang ada hanyalah orang islam dan kristian(kalau tak silap)
ya Boni..betul...betul2....dan mereka menyalahkan org Islam dalam hal ini...inilah yg dikatakn ..dunia ni sbg pentas...manusia jadi pelakonnya...bila baca tentang agenda tersembunyi dalam olimpik julai nnt pun rasa tak sanggup...hanya org yang mengkaji dan memahami saja yg peduli ttg semua ni...yg lain masih di zon "selesa"........kurang peduli
Deletetu la..semua permainan yahudi untuk membangkitkan kembali dajal.. dan, kejadian tersebut juga merupakan salah satu ritual pengorbanan untuk dipersembahkan dan menjadi ritual untuk kebangkitan dajal..tu pun salah satu sebab. awak kena tgk youtube yang bertajuk 'the arrival'atau awak bukak link ni
Delete--> http://www.youtube.com/watch?v=W8ECITTfr_Y
dan awak akan dapat ungkaikan satu persatu penipuan dunia dan juga negara2 islam sendiri. bahkan di negara kita sendiri pun dah disebarkan dengan virus2 kebangkitan dajal.awak tengok sendiri.tgk satu2 sebab situ banyak episod.mulakan dengan part one dulu
tak tercapai dek akal bila baca/tengok benda2 mcm ni....segala perancangan diatur rapi sampai takde siapa yg perasan yg tersirat dan tersuratnya...terima kasih Boni atas link tu...bila tenggelam dalam kesibukan duniawi ni...kita terlupa tentang benda2 yg macam ni kan...wallahualam
Deletesebab tu kita kena seiringkan..at least kita tau apa sebenarnya yang berlaku di dalam dunia ini.. banyak yang tersirat daripada yang tersurat
Delete
ReplyDelete