SOALAN UNTUK TUJUAN
ULANGKAJI SAHAJA.
BAHAGIAN A (SOALAN
OBJEKTIF)
1.
Proses pengamatan penting kepada murid kerana
(A)
membantu menyelesaikan masalah harian
(B)
dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dengan lebih mudah.
(C) dapat membina sesuatu konsep dalam
pembelajaran kanak-kanak.
(D)
Latihan pergerakan otot menjadi asas kepada pembelajaran harian.
2.
Bunyi berikut adalah bunyi yang paling nyaring.
(A)
Jeritan bayi
(B)
Kicauan burung
(C)
Bunyi serin bomba
(D) Bunyi wisel ketika
pemain menjaringkan gol.
3.
Kaedah paling tua digunakan untuk manusia bagi mengajar bacaan kepada kanak-kanak
ialah;
(A)
Kaedah fonik
(B) Kaedah abjad
(C)
Kaedah suku kata
(D)
Kaedah pandang sebut.
4.
Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan, murid
mestilah
melalui proses asas
(A)
Mengeja suku kata
(B)
Mengeja perkataan
(C) Mencantum suku kata
(D)
Menyebut dan menghafal huruf ‘a’ hingga ‘z’
5.
Kaedah abjad memberi penekanan supaya murid dapat
(A)
membunyikan suku kata
(B)
mengeja terus sesuatu perkataan
(C) mengenal nama-nama
huruf dan bunyinya.
(D)
membunyikan perkataan berdasarkan gambar.
6.
Kaedah pandang dan sebut memerlukan
(A)
guru memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad.
(B)
latihan pengecaman dan menulis huruf yang diajar.
(C) ingatan (memori) foto
dan menyebut kembali perkataan tersebut.
(D)
Murid menghafal supaya dapat mengenal
huruf
abjad ‘a’ hingga ‘z’.
7.
Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.Melalui kaedah ini perbendaharaan kata
imbasan diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan
di atas merujuk kepada;
(A)
Kaedah fonik
(B) Kaedah abjad
(C)
Kaedah pandang sebut
(D)
Kaedah ayat dan cerita
8.
Pergerakan tangan di udara, air dan di atas pasir bertujuan:
(A)
Membolehkan murid menulis degan pantas
(B) Menguatkan otot-otot
tangan murid sebelum diajar asas menulis.
(C)
Memudahkan murid memegang pensel dan dapat menulis dengan cantik.
(D)
Membolehkan murid mewarna gambar-gambar yang diberikan dengan teratur.
9.
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pramenulis yang sesuai dilaksanakan KECUALI
(A) Latihan menggosokkan
tangan.
(B)
Latihan menggerakkan jari di atas pasir
(C)
Latihan menyambung titik-titik, huruf atau nombor di atas kertas.
(D)
Latihan membentuk garis-garis mendatar, menegak dan bulatan serentak dengan
kordinasi tangan dan mata.
10.
Murid perlu diajar mengenal huruf kecil dan huruf besar kerana:
(A)
Memudahkan mereka menyalin huruf yang diberikan oleh guru.
(B) Memudahkan murid-murid
membezakan huruf kecil dan huruf besar
(C)
Memudahkan murid-murid membuat latihan yang diberikan oleh guru.
(D)
Memudahkan mereka menyebut abjad dengan pantas apabila guru menunjukkan melalui
kad imbasan.
11.
Antara berikut manakah aktiviti peringkat penulisan mekanis?
I. Latihan menulis huruf
di atas garis tiga
II. Latihan menulis secara
bebas di atas kertas kosong.
III. Latihan menulis huruf
besar di atas kertas berkotak,garis empat dan garis satu
IV.
Latihan menulis huruf dengan menggerakkan jari di atas meja, dinding dan di
atas buku
(A)
I dan ii.
(B)
I dan iii.
(C) I, ii dan iii.
(D)
I, ii dan iv.
12.
Aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh dilaksanakan dalam
pendidikan jasmani. Apakah tujuan guru mengaplikasikan kemahiran kemahiran itu
semasa sesi pengajaran?
(A)
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.
(B)
Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran.
(C) Meningkatkan kemahiran
kordinasi tangan, mata dan kognitif murid murid
(D)
Memberi latihan yang berterusan dalam menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.
13.
Dalam mata pelajaran muzik, guru boleh menggunakan gabungan muzik dan
pergerakan
kreatif. Apakah tujuan guru muzik menggunakan gabungan
muzik
dan pergerakan kreatif?
(A)
Menghilangkan perasan malu.
(B)
Meningkatkan daya ingatan murid.
(C) Membolehkan
murid-murid mengekspresi diri mereka.
(D)
Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran.
14.
Pergerakan motor kasar kanak-kanak melibatkan pergerakan seluruh anggota
ketika
(A)
tidur
(B)
menulis
(C)
membaca
(D) merangkak
15.
Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem/m/ seperti ayat di bawah: “
Mereka makan mangga muda masa emak mandi” Pelajar tersebut mempunyai masalah
dalam kategori?
(A)
Lakonan
(B)
Main peranan
(C) Pemintal lidah
(D)
Pasangan minimal
16.
Guru diajar membina bahan pengajaran supaya guru dapat menjalankan
aktiviti
mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut:
I. Kad imbasan
II.
Gambar yang dilukis
III. Menggunakan tanah
liat
IV. Lirik lagu yang
dinyanyikan.
(A)
I dan ii.
(B)
Ii dan iii.
(C)
I,ii dan iii.
(D) I,iii dan iv.
17.
Boneka yang dikendalikan oleh seseorang menggunakan tali dari atas pentas dalam
pengajaran dan pembelajaran guru adalah
(A) Boneka tali
(B)
Boneka kotak
(C)
Boneka sarung
(D)
Boneka tongkat
18.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu.
(A)
Murid-muri belajar mengikut .kemampuan mereka sendiri.
(B)
Guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid.
(C)
Guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian.
(D) Murid bolsh berkongsi
idea dan member sumbangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Semasa
pengajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja
perkataan dan suku kata mengikut melodi dalam pengajaran dan pembelajaran
pemulihan.
19.
Penyataan di atas menjelaskan supaya murid-murid
(A)
Boleh bertutur dengan lancar.
(B) mengecam bunyi huruf
dengan betul.
(C)
Boleh menyanyi dengan intonasi yang baik.
(D)
Mudah mengingat dan menghafal perkataan dan suku kata.
20.
Antara perkara berikut, yang manakah tidak perlu ada semasa pameran bahan?
(A)
Pernyataan.
(B)
Susunan yang menarik.
(C) Kerusi untuk
pengunjung.
(D)
Petugas untuk penerangan.
SOALAN UNTUK TUJUAN
ULANGKAJI SAHAJA.
BAHAGIAN B (SOALAN
STRUKTUR)
1.
(a) (i) Huraikan secara ringkas definisi kaedah fonetik. [ 2 markah ]
Bidang
bahasa yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat
Mengkaji
bunyi dari segi:
a) Sifat
bunyi itu /b) Cara pengeluarannya /
c) Aspek
pendengaran.
Tumpuan
hanya pada bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur (bunyi-bunyi bahasa)
sementara bunyi bukan bunyi bahasa seperti dehem, siulan dsb tidak dikaji.
(
ii) Senaraikan tiga aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melalui kaedah fonetik. [ 6 markah ]
i=Membatang suku kata dan perkataan.
Contoh :
bu + ku =
buku /bu + bu = bubu /bu + lu = bulu
ii=Membunyikan
huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya sukakhirnya perkataan.
contoh
b (beh),
a (ah) =ba /t (te), u (uh) = tu
ba + tu = batu
iii= Latihan
membaca frasa dan ayat
Contoh
-Ini baju saya / Baju saya cantik / Baju saya bewarna biru
(b)
(i) Nyatakan dua kebaikan dan dua kelemahan kaedah fonetik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. [ 8 markah ]
kebaikan
-Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
-Penggunaan asosiasi
dapat mempercepatkan proses mengingat.
-Murid dapat
mengurangkan beban memori.
-Terdapat huruf-huruf
tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu
Keburukan
1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah
ini.
2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum
aktiviti membaca.
4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf
terlebih dahulu.
5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang
telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.
2.
(a) Senaraikan dengan empat aktiviti asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid
dalam memperkenalkan proses pratulisan. [
8 markah ]
i. melakukan
pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan,, dan depan ke belakang.
ii.
Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii.
Menyambungkan titik-titik atas kertas.
iv.
Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,
dan bawah ke atas.
v.
Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
vi.
Melukis garis condong
vii.
Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii.Mengenal
huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
dalam
bentuk huruf-huruf tersebut.
(b)
Jelaskan empat tingkah laku yang dijadikan petunjuk oleh guru bagi mengesan
murid-murid yang menghadapi masalah dalam tulisan. [ 8 markah ]
i. menggenggam
pensel
ii. cara
memegang pensel yang salah
iii. kedudukan
badan yang canggung semasa menulis
iv. mengelak
latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah
v. hasil
tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan
keupayaan
bertutur
vi. terlalu
kerap memadam
vii. kerap
merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf
viii. keliru
dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan
ix. lemah
dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau
berjauhan.
3.
(a) Penggunaan power point dalam bengkel pembinaan bahasa untuk kelas pemulihan
adalah digalakkan kerana mendatangkan banyak kebaikan. Jelaskan empat kebaikan
tersebut. [ 8 markah ]
-Mudah digunakan
-Menarik
dan terkawal
-Murid
memberi tumpuan yang lebih
-Penggunaannya
boleh dipelbagaikan.
(b)
Cadangkan empat aktiviti utama dalam bengkel pembinaa bahasa bahan pemulihan
dengan menggunakan power point. [ 8 markah ]
-Latihan huruf dengan
bunyi –murid boleh menyebut secara
nyanyian
memudahkan untuk mengingat.
-Memaparkan
huruf abjad satu demi satu dan boleh menghilangkan
huruf
untuk menguji ingatan
-Latihan
suku kata boleh dilaksanakan ( ba/ bi/ be/bo) (sa/ si/ se/ so)
( cara
terbaik untuk kelas pemulihan
-Mengajar
secara berlagu menggunakan power point kepada kanak kanak dengan memasukkan
suku kata yang sesuai.
4.
(a) Kaedah abjad adalah salah satu kaedah pengajaran mengenal huruf dan
membaca. Tuliskan langkah-langkah yang dapat dijalankan dalam pengajaran kaedah
tersebut. [ 8 markah ]
-Guru
memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad
-Murid
diajar nama huruf dengan teratur, bermula dari ’a’ hingga ’z’
-Latihan
pengecaman dan menulis uruf diajar oleh guru.
-Murid
diajar secara hafalan supaya mereka mengenal huruf ’a
hingga
’z’
-Murid
diajar mengenal huruf kecil dan diikuti huruf besar.
-Latihan
menulis huruf kecil dan huruf besar serta padanan hurufhuruf
tersebut.
-Perkataan
yang bermula dengan huruf vokal diperkenalkan seprti , ibu, ekor dan dikuti
dengan perkatan yang bermula dengan huruf konsonan seperti bata, batu, baju.
-Memperkenalkan
perkaitan antara bunyi huruf dan perkataan.
-Aktiviti
berfokus kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan mengeja perkataan.
(pilih 4 sahaja)
(b)
Senaraikan kumpulan bunyi yang boleh dirakam dalam membantu untuk menyebut
huruf-huruf abjad. [ 8 markah ]
-Bunyi
semula jadi seperti desiran ombak, air terjun, angin
-Bunyi
haiwan seperti ular, anjing, burung hantu, kambing dll. (”Ssssss)
-Bunyi
mekanikal seperti bunyi kenderaan-kereta, motorsikal, penggorek batu
dll.(”Terr.... ”
-Bunyi
situasi contoh seseorang yang terkena air panas ”aaaaaaa....” panasnya.
5.
(a) Apakah tujuan membuat dokumentasi bahan-bahan seminar dan pameran ? [ 10
markah ]
-Sebagai
bahan bukti penggunaan pelbagai bahan pengajaran.
-Hasil
kerja amali ini dijadikan bahan rujukan.
-Memberi
sumbangan idea kepada guru untuk lebih kreatif.
-Maklumat
dan cara membina bahan-bahan dapat dijelaskan.
-Memudahkan
guru-guru menghasilkan bahan yang lebih baik dan sesuai.
-Boleh
digunakan untuk pameran dan seminar apabila diperlukan.
( Pilih
lima cadangan jawapan
(b)
Apakah objektif mengadakan pameran dalam bilik darjah dan senaraikan
bahan-bahan pengajaran yang boleh dipamerkan. [ 6 markah ]
-Objektif
–memberi pendedahan kepada guru untuk melihat lebih dekat bahan yang boleh
digunakan semasa pengajaran.
-Bahan-bahan
-Kad
imbasan
-Rakaman
bunyi huruf
-Gambar
dan huruf-huruf
-Bahan
boneka
-Buku-buku
berkaitan pemulihan
-Rakamn
bunyi-bunyi digital
-Permainan
bahasa berkaitan huruf
( Pilih
empat cadangan jawapan )
MD: Sambil2 study boleh join ni >>$$$online jerr
terima kasih.. sgt berguna :)
ReplyDeleteKasih diterima ;-)
Delete