Saturday, 5 May 2012

Latihan Ulangkaji Soalan EDU3103 PPG



hi there...^_^





LATIHAN ULANGKAJI CONTOH SOALAN EDU3103


Soalan Struktur
1. Pengalaman Belajar Secara Langsung merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi yang amat berkesan.

(a) Jelaskan tiga kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….
(b) Nyatakan empat prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….
(iv) ……………………………………………………………………………….

2. Main merupakan sebahagian penting alam belajar kanak-kanak.
(a) Senaraikan empat jenis permainan Kategori Main Sosial.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….
(iv) ……………………………………………………………………………….
(b) Terangkan tiga ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….

3. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pembelajaran masing-masing.
(a) Nyatakan empat jenis gaya pembelajaran menurut Mumford dan Honey (1986).
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….
(iv) ……………………………………………………………………………….
(b) Jelaskan tiga implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….

4. Motivasi daripada perspektif pendekatan kognitif menekankan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh cara pemikiran dan persekitaran. Teori Atribusi Weiner, Teori Ekspektansi versus Nilai dan Teori Dissonansi Kognitif mendasari aliran pandangan ini.
(a) Berdasarkan Teori Motivasi Kognitif Atribusi Weiner, jelaskan tiga peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
(iii) ……………………………………………………………………………….
(b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi Weiner.

Soalan Esei

1. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
(a) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita.
(b) Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya.

2. Model Pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif dalam kalangan murid.
(a) Jelaskan empat prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial.
(b) Huraikan empat implikasi Model Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3. Motivasi berkaitan dengan Pendekatan Behavioris dan Kognitif boleh dikategorikan kepada jenis ekstrinsik atau intrinsik.
(a) Jelaskan lima perbezaan di antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi intrinsik.
(b) Huraikan lima cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid-muridnya.






Cadangan Jawapan kpd Soalan EDU3103 


Soalan Struktur
1.(a) Kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid.
 Lawatan, Kajian Luar, Eksperimen,Projek, Lakonan, Permainan dll.
(b) Prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak.

Mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.
mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu.
memerlikan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka.
belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan orang pelbagai peringkat usia.
belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama-sama dengan keluarga.
tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.

2. (a) Jenis-jenis permainan Kategori Main Sosial.

main (unoccupied) – tidak bermain dengan alatan; sesiapa tetapi berada di kawasan permainan.
main diri sendiri (solitary) – bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan/keadaan sekeliling.
main selari (parallel) – bermain sendirian, menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan tanpa berbincang (kongsi alat main sendiri)
main asosiatif (associative) – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan.
main koperatif (cooperative) – bermain dalam kumpulan, bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.
main memerhati (onlooker) – memerhati rakan-rakan bermain, berminat pada permainan orang.

(b) Ciri-ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
Penglibatan aktif – penglibatan aktif dapat membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal serta kognitif kanak-kanak.
Motivasi intrinsic – dapat belajar dengan berkesan apabila keinginan belajar dating dari dalam diri individu.
Bebas untuk memilih – main adalah pilihan & rekaan kanak-kanak, tidak boleh dipaksa maka ia satu alat belajar.
Menyeronokkan – main menyeronokkan dan kesan emosi serta perasaan kepada pelakunya adalah lebih mendalam. Ini menyebabkan pembelajaran berlaku secara berkesan dan kekal lebih lama.
Proses penyesuaian – main simbolik dan main peranan membolehkan individu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran, peraturan dan peranan.
Penerokaan – dapat belajar meneroka alat permainan, tempat, hubungan dengan orang lain, alam sekeliling dan proses main.
Simulasi – dapat belajar memahami perasaan orang lain, menerima kekalahan atau kemenangan dengan baik.
3. (a) 4 jenis gaya pembelajaran menurut Honey dan Mumford.
(i) Aktivis (ii) Reflektif (iii) Teoris (iv) Pragmatis
(b) Implikasi-implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(i) Penentuan hasil pembelajaran
Hasil pembelajaran berasaskan keupayaan dan kemampuan murid.
Mengajar berbantukan pelbagai alat.
Memerlukan guru yang penyabardan penyayang.
Menyediakan tugasan murid yang pelbagai aras untuk manfaat semua murid.
(ii) Kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Guru harus merancang p & p mengikut kebolehan dan minat pelajar.
Guru kreatif mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik p & p.
- Murid lemah – main sambil belajar
- Murid pintar – aktiviti analisis
(iii) kepelbagaian bahan dan peralatan belajar.
Audio visual yang menarik untuk murid kurang minat belajar.
Penggunaan ICT.
Penghasilan bahan ICT oleh guru dan murid.
Mewujudkan sudut pembelajaran di dalam atau luar kelas.
(iv) Penyampaian guru
Guru sebagai penghibur yang berbakat.
Mampu mempelbagaikan penyampaiannya.
4. Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar.
Membantu pelajar memastikn mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.
Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka.
Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatribusikan kegagalan mereka kepada kurangnya usaha.
Adalah lebih baik jika guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka (lokus kawalan dalaman) akan menentukan tahap kejayaan atau kegagalan.
Merangsang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.
(b) 4 faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi.
(i) Nasib (ii) Usaha (iii) Kebolehan (iv) Kesukaran tugasan

Soalan Esei
1(a) Prinsip pembelajaran teori konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita.
- Pembelajaran berpusatkan pelajar.
- Pengetahuan bermakna dibina pelajar.
- Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
- Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
- Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
- Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
- Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
- Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
- Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
- Guru berperanan sebagai fasilitator.

(b) Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya :
Peringkat I - Motivasi
Peringkat II - Memberi perhatian
Peringkat III & IV - Perolehan dan Ingatan
Peringkat V - Ingat kembali dan retrieval
Peringkat VI - Generalisasi
Peringkat VII - Prestasi
Peringkat VIII - Maklum Balas dan Peneguhan

2. (a) Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif dlm Model Pembelajaran Sosial
Kebergantungan positif – kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli kumpulan. Perhubungan rapat, saling memenuhi dan bantu membantu.
Akauntabiliti individu – setiap ahli bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing untuk pencapaian matlamat kumpulan.
Interaksi serentak – penglibatan aktif dan bersemuka.
Penglibatan seimbang – penyertaan – semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.
Pembelajaran berstruktur – berbagai-bagai cara interaksi antara individu dalam kumpulan.
b) Implikasi Model Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan – model dan program terbaik untuk dicontohi. Contoh aktiviti main peranan dan simulasi.
Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan – puji pelajar, pelajar lain akan bermotivasi untuk mencontohinya. Contoh pelajar terbaik akademik.
Guna rol model contoh cara pertuturan, pakaian, ketepatan masa.
Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas – tegaskan perlakuan yang hendak ditiru atau dikukuhkan.
Ulang dan tegaskan langkah yang penting – beritahu sebab dan kewajarannya. Contoh video ‘fire drill’.
Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar terus berusaha dan merangsang pelajar lain. Contoh sampel kerja kursus.
Kendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan.
Guna kaedah yang memerlukan kerjasama dan interaksi sosial seperti pembelajaran koperatif.
3. (a) Perbezaan motivasi ekstrinsik dan motivasi  intrinsik
Motivasi ekstrinsik – penggerak yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan dan motivasi intrinsik – motivasi dalaman wujud dalam diri menggerakkan untuk melakukan sesuatu kerana percaya tindakan itu betul atau baik.
Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi diberi oleh pihak lain (luaran) tetapi motivasi intrinsik merupakan usaha kendiri (dalaman).
Bentuk motivasi ekstrinsik lebih bersifat materialistik seperti wang, pangkat, makanan, hadiah tetapi motivasi intrinsik lebih bersifat kepuasan kendiri seperti minat, impian, kepercayaan, prinsip hidup, nilai dan pegangan agama.
Motivasi intrinsik lebih mudah diusahakan dalam kalangan orang dewasa tetapi kanak-kanak lebih memerlukan motivasi ekstrinsik.
(b)
Cara-cara mewujudkan motivasi intrinsik.
Peluang nikmati kejayaan
Perkembangan minat
Penghayatan kata-kata motivasi
Kesedaran melalui tayangan cerita berunsur motivasi
Sentuhan melalui lagu berunsur motivasi
Ajaran agama
Penyertaan kem motivasi
Pegangan prinsip hidup
Penetapan matlamat sendiri
Bangkitkan naluri ingin tahu
Amalan nilai murni


p/s: Semoga Maya Diana dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan lulus cemerlang ...Amiinnnn....


MD: Terima kasih sebab doakan.....semoga kalian juga dapat menjawab soalan dan beroleh kejayaan yang cemerlang....amiinn



6 comments:

Thanks for your comment ^__^ ....