Sebuah Kisah Klasik.........B.U.TA.C.I.N.T.A.B.U.TA
Alkisah seorang anak yatim piatu buta…
Namanya Athirah, seorang anak yatim piatu. Athirah marah pada dirinya
kerana buta akibat sebuah kemalangan. Athirah membenci semua di
kelilingnya dan sering merungut - mengapa Allah tidak adil pada dirinya?
Mengapa? Mengapa?
Disebabkan rungutan tanpa henti, Athirah
bertambah marah dan frust dengan kehidupannya. Satu hari, seorang jejaka
Amin datang ke hidup Athirah – disebabkan Amin menjaga beliau dengan
baik, Athirah tidak membencinya, malah merasakan hidupnya bertuah kerana
ada Amin yang selalu melawatnya di rumah anak yatim.
Di dunia
Athirah, hanya Amin yang memahaminya… namun Athirah enggan berkahwin
dengan Amin kerana kata ia adalah tidak adil untuk Amin untuk mendapat
seorang isteri yang buta… Athirah memberitahu Amin, “sekiranya saya
dapat lihat semula, saya akan berkahwin dengan Amin.”
Satu
hari, hospital memanggil Athirah dan berkata ada orang yang sudi
mendermakan mata untuk pembedahannya. Athirah kegembiraan.
Setelah berjaya membuka matanya, Amin bertanya pada Athirah, sekarang
Athirah dah boleh melihat, sudikah Athirah berkahwin dengan Amin?
Athirah terkejut melihat Amin juga seorang yang buta dan enggan berkahwin dengan Amin.
Amin kesedihan, menangis dan beredar daripada bilik hospital Athirah dengan memakai cermin mata hitam dan tongkat.
Athirah kemudiannya menekan loceng memanggil jururawat untuk memapahnya ke tandas.
Setibanya di tandas, Athirah menjerit tatkala terlihat wajahnya di
cermin. Beliau seolah tak percaya wajahnya hodoh akibat parut kemalangan
6 tahun dahulu.
Setelah tenang kembali, Athirah berkata
seorang diri, “Kalau Amin tak buta, pasti beliau juga tak nak berkahwin
dengan saya yang hodoh ini….”
Doktor pun datang melawat Athirah – “Doktor, siapa yang menderma mata ini pada Athirah? Saya nak ucap terima kasih kepadanya.”
“Dia ada datang tadi… Saya lihat dia kesedihan meninggalkan bilik
Athirah setelah Athirah berkata sesuatu kepadanya,” kata doktor itu…
Athirah terus menangis… rupanya Amin yang menderma matanya dan Aminlah
orang yang sanggup mengahwininya walaupun selama ini nampak parutnya
yang hodoh itu.
“Ya Allah, walaupun saya buta, Allah telah
mengutuskan seorang untuk menjaga saya tapi saya tidak tahu
menghargainya. Maafkan saya yang berdosa ini…”
Athirah terus keluar mencari Amin….

Inilah bagaimana minda manusia bertukar apabila status berubah. Hanya
segelintir sahaja beringat kepada mereka yang di sisi mereka di saat
paling sukar.
Sebelum kita berkata sesuatu yang buruk, fikirlah pada mereka yang bisu.
Sebelum kita merungut mengenai rasa makanan, fikirlah pada mereka yang tiada makanan.
Sebelum kita merungut mengenai kehidupan, fikirlah pada mereka yang telah menemui ajal lebih awal.
Sebelum kita merungut mengenai suami atau isteri, fikirlah pada mereka yang sering berdoa pada Allah agar ditemukan jodoh.
Dan apabila minda dibelenggu dengan fikiran murung, pandang cermin dan
Senyum cepat-cepat dan bersyukur pada Allah, kita masih hidup di saat
ini.
kredit:
FB Dato Tuan Ibrahim
(via Yahya Sufi Abdullah)
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....