TAJUK 5:
PEMBANGUNAN
EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
KONSEP ‘MODENISASI’
Modenisasi
: satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan
masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau
negara terutama yang baru merdeka.
Perubahan
berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana
Perubahan
Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian
ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg
disebut modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik.)
Perubahan
Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai
oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini
diistilahkan juga sebagai‘PEMBARATAN’
PEMBANGUNAN EKONOMI: MATLAMAT,
METOD, UKURAN PENCAPAIAN
MATLAMAT
pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri.
METODE
yg digunakan:
Pembangunan
teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional dikesampingkan untuk
memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2 canggih.
Pembangunan
pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd pertanian komersial.
Industrialisasi;
iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn menggunakan
teknologi canggih.
UKURAN PENCAPAIAN:
Pertumbuhan
yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti KNK (Keluaran Negara Kasar)=GNP (Gross
National Product)
SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA
1.Sebelum
Penjajahan
Mengamalkan
sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri
2.
Semasa Penjajahan
Bersifat
dwi ekonomi; Tradisional + kapitalis
3.
Selepas Penjajahan
Sistem
Ekonomi moden; sektor tradisional masih wujud di luar bandar
ASAL MULA MODENISASI
Bermula
melalui 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis (yg merubah sistem politik
feudal Eropah) dan Revolusi Industri (yang merubah sistem ekonomi eropah).
Imperialisme
dilaksanakan melalui perdagangan spt syarikat British East India Company.
Penjajahan
dilakukan ke atas wilayah yg terpilih utk memastikan perlanjutan pembekalan
barang mentah, buruh dan pengawalan pasaran secara berterusan.
Penjajahan
telah mengubah landskap sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, ilmu & alam
sekitar wilayah bukan eropah.
*Kritik terhadap gagasan
Modenisasi
Banyak
kritik telah dikemukakan terhadap gagasan modernisasi yang diwar-warkan sangat
mulia dan positif tetapi sebenarnya membawa kepada keterbelakangan atau
kemunduran terutama kepada golongan minoriti dan tradisional
Modenisasi
juga adalah anti tradisi.
Akibatnya
sistem kepemimpinan tradisional, sistem ekonomi sara hidup dan keupayaan
teknologi/kraf tempatan pupus
Kelompok
yang paling kehilangan ialah masyarakat pribumi atau masyarakat tradisional
yang berada di luar daripada sistem kapitalis.
PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan
sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan
dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.
MATLAMAT:
Peringkat
awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir
1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan
peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir
2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara
keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang
dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar
8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.
UKURAN PENCAPAIAN bg pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran
seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
Kualiti
hidup masyarakat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar
kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.
HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
MALAYSIA
Melalui
proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk membolehkan
tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan
industri di eropah.
Begitu
juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur
sebagai sokongan kpd industri asas.
Contohnya,
perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung
keperluan eksport dan import
Tenaga
buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat ‘division of labour’ mengikut
kelompok etnik.
Ciri-ciri
etnik dalam struktur ekonomi di Malaysia
Demografi:
Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti.
Politik:
etnik Melayu membentuk majoriti.
Tetapi
majoriti dlm demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dlm ekonomi.
Etnik
Cina adalah majoriti dlm ekonomi.
Inilah
yg menjd isu dlm pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kumpulan
etnik.
Ini
berlaku akibat dasar’pecah & perintah’ British, yg hampir tidak
memungkinkan setiap kaum bertemu/bergaul > Plural society.
Orang
melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja
yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah.
Pulangan
dan gajinya juga rendah.
Orang
Melayu lebih menguasai sektor tradisi sementara orang Cina menguasai sektor yg
lebih maju dan berteknologi tinggi.
Ini
menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain.
Orang
Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara orang Cina &
India pula cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang perkhidmatan dlm
sektor2 pentadbiran.
Rasional Modenisasi
Perlu
demi integrasi ekonomi!
Ini
dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2
ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan
dapat dimansuhkan.
Dasar2
ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini
sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan
dan seterusnya dihapuskan.
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah
mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2
rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan
Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia
bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang Dunia
Kedua.
Rancangan
Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri,
dgn tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1
(1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2
(1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara
sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini
terdapat peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan
eksport.
RMK-3
(1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4
(1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan pembangunan yg
menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar
pengswastaan.
RMK-
7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri berasaskan
K-ekonomi.
DASAR-DASAR AWAM: PERTANIAN,
PERINDUSTRIAN dan K-EKONOMI
1960an
dan 1970an, meskipun pembangunan berubah kpd perindustrian tetapi sektor
pertanian masih diutamakan.
Seseuai
dgn dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yg bertanggung jawab utk
memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar tlh
diwujudkan spt FELDA, FELCRA dan MARA.
1980an
dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian & beberapa dasar tlh
digubal spt Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai
dgn perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi tlh disusun utk
meningkatkan pembangunan ekonomi yg berteraskan kpd teknologi ICT dan
K-ekonomi.
DASAR PERTANIAN
Kerajaan
telah mengadakan beberapa agensi pembangunan utk memberi kemudahan kpd petani,
antaranya:
MARDI
(Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian M’sia)
Jabatan
Pertanian: mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan
teknologi baru.
Lembaga
Pertubuhan Peladang: mengadakan kemudahan perolehi bahan2 baja, racun, jentera
kenderaan, memproses dll
FAMA
(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan): mengelolakan pemasaran hasil2 yg
dikeluarkan.
Bank
Pertanian: mengelolakan kemudahan kredit utk rancangan projek pertanian.
Jabatan
Perikanan & Haiwan: memberi nasihat & tunjuk ajar ternakan dan
perikanan.
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Antara
agihan dan pertumbuhan
Berbeza
antara kelas sosial iaitu kelas atas, menengah dan bawah
Berbeza
antara kelompok etnik- Melayu, Cina, India
Antara
Hak samarata (Perkara 8) dan Hak Istimewa (Perkara 153) Perlembagaan Malaysia
Perkara
8(1) menegaskan semua org adalah sama rata di sisi undang2. Ini telah digunakan
oleh sesetengah pihak utk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus
diperjuangkan & dicapai di Malaysia. Oleh itu, mereka berpendapat Perkara
153 (hak istimewa Melayu & Bumiputera) harus diteliti semula.
Tetapi
Perkara 8(2) telah menyatakan; ‘kecuali sebagaimana dibenarkan dgn nyatanya oleh
perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap w/negara semata2 oleh
sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dlm mana2 undang2
atau dlm pekerjaan
DEB dan hubungan kaum
Ada 2
matlamat; iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat
1971-1990
Usaha
utk meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurangnya2 30%
Punca
rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah disebabkan ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum
Pendidikan,
Ekonomi dan etnisiti: Bahasa, sains dan ekonomi
Kedudukan
bahasa sebagai bahasa penyatuan
Sikap
skeptik terhadap kemampuan bahasa kebangsaan masih ada
Selepas
hampir 50 thn merdeka peranan dan penguasaan bahasa Malaysia telah meningkat
Wujud
dualisme kini dalam perlaksanaan bahasa malaysia sbg bahasa kebangsaan
GLOBALISASI, EKONOMI MALAYSIA
DAN HUBUNGAN ETNIK
Kejayaan
ekonomi Asia pd 1980an & 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi,
yg mana banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi
kewangan.
Akibat
aliran keluar masuk modal asing itu juga telah menyebabkan negara2 Asia
termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi 1985-86 dan 1997-98
Krisis ekonomi 1985-86 &
1997-98 Dan Implikasinya
Meninggalkan
kesan kpd syarikat2 besar, kecil dan sederhana samada yg dimiliki oleh usahawan
Melayu dan bukan Melayu
Syarikat
bukan Melayu dpt bertahan kerana lebih byk pengalaman
Tetapi
syarikat Melayu/bumiputera yg kebanyakannya lahir dr DEB dan Dasar Penswastaan
berhempas pulas utk bertahan.
Pertengahan
1998, 191 syarikat majoriti sahamnya milik bumiputera telah muflis, 25,000
syarikat IKS alami masalah
Ekonomi Islam dlm ekonomi arus
perdana Malaysia
1970an
kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan
kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan Islam
semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar
Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan
dasar ini diperkenalkan
1.
mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2.
meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3.
merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4.
mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu
mencapai matlamat DEB
9.
Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras
dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama
dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn
harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm
bidang ini akan tercapai.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....