TAJUK 8
ISLAM DAN
HUBUNGAN ETNIK
ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI
MALAYSIA
Terdapat
nilai-nilai sepunya seperti pandangan tentang kekeluargaan, pandangan terhadap
alam, nilai-nilai kemanusiaan dll.
Prinsip ISLAM
Menerima dgn positif kemajumukan etnik/ manusia : al-Hujurat :13
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu).
Ajaran KRISTIAN
Jesus :
“Love thy neighbor as thyself”
BUDDHISME
Gautama
Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis
4. HINDUISME
Konsep
bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama makhluk
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM
KONTEKS AGAMA
Berkenal-kenalan (al-Ta’aruf)
Faham-memahami
(al-Tafahum)
Bekerjasama (al-Ta’awun)
Persaudaraan (al-Ukhuwwah)
Berkasih sayang (al-Mahabbah)
Jamin
menjamin (al- Tadhamun)
BERKENAL-KENALAN
Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka
berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan
aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan.
Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada
mana-mana pihak.
Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud
prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan
permusuhan.
Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan
agama.
PERSAUDARAAN
Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada
persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa.
Ini
disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada
hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih
bersifat keduniaan.
BERKASIH SAYANG
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai
dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.
Sifat
kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci
membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.
JAMIN MENJAMIN
Rukun
kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling melindungi
antara satu dengan yang lain.
Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat
untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan
atau memerlukan pertolongan.
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM
KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kemesraan komunikasi
Budaya
ziarah menziarah
Mengambil berat
Hormat- menghormati
Menghormati jiran
Bersama dalam membuat keputusan
KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK
KONSEP
JIRAN :
Mengikut
Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri
yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.
Ditinjau
dari sudut Islam, jiran itu ialah orang yang ada hubungan dengan anda dalam
sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah
dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.
PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan
unsur-unsur seperti berikut:
Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran
mereka.
Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.
HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan
sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:
Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan
menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi
KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK
Fitrah
kemanusiaan
Tuntutan keagamaan
Memenuhi keperluan hidup
Elak
dari bergantung dengan kuasa luar
MD: Semoga tuan punya nota ini dipermudahkan dalam segala urusan.....bila ikhlas, hidup kita akan lebih mudah dan bermakna...~ Sharing is caring
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....