Catatan oleh : Haji Darus Awang. AAP., AMP.
![]() |
| Gambar Hiasan- Tahun 3 SKBP (2014) |
Ada suatu pepatah petitih orang tua-tua dahulu yang menyebut tentang
berkawan dan bersahabat. Teman ketawa senang dicari teman menangis sukar
didapati. Berkawan dan bersahabat boleh 1000 berkasih biarlah satu.
Berkawan ada yang mencapai status sahabat dan ada yang setakat teman
ketawa sahaja. Pandai-pandailah kita memilih dan menilainya.
Teman ketawa ini mudah dicari namun teman untuk menagis sukar didapati. Ketika kita senang dan memiliki segala-galanya, ramai yang ingin berkawan dengan kita. Namun apabila kita sakit ramai yang lari daripada kita. Ketika diuji dengan musibah dan bala bencana, ketika itulah kita akan memahami erti sebuah hubungan yang bernama kawan.
Ketika kita diuji dengan nikmat seperti kekayaan, pangkat, kuasa, harta, kesihatan tubuh badan, muda, lawa, cantik, bergaya dan banyak lagi nikmat kita sering dikerumuni teman ketawa. Mereka suka berkawan dengan kita kerana banyak sebab dan perkara. Kita memiliki pangkat dan kuasa serta memiliki harta. Kawan seperti ini namanya teman ketawa.
Teman ketawa mudah dicari dan mudah juga dicari ganti. Di kedai kopi, pejabat, rakan setugas, orang bawahan, di hotel, gedung membeli belah, majlis keraian, majlis perkahwinan dan di mana-mana sahaja kita boleh mendapat teman ketawa. Di dalam media sosial di alam maya seperti Facebook (Fb), tweeter, friendster dan seumpamanya kita ada teman ketawa beribu banyaknya.
Namun apabila kita menangis ke mana menghilangnya teman ketawa yang ramai ini. Maka tinggallah kita sepi dan menyendiri. Nasib kita mungkin baik jika kita berkeluarga dan ramai sanak saudara. Maka pada ketika itu ahli keluarga yang terdekat adalah teman menangis bersama kita. Mereka ini yang sentiasa bersedia menenami dan bersama kita.
Mereka ini ialah kedua ibubapa kita, adik beradik, pasangan kita, anak-anak kita, bapa dan ibu saudara kita, kedua ibu mertua, ipar duai dan biras kita. Senarai ini yang paling dekat dengan kita. Namun fenomena semasa bukan lagi seperti yang kita fikirkan. Dunia semakin global sifatnya namun hubungan kekeluargaan semakin mengecil pula. Kadang-kadang tertumpu kepada ibubapa pasangan dan anak-anak sahaja.
Inilah realiti dan dunia real kehidupan seharian hari ini. Kita tidak boleh berlagak sombong kerana memiliki ramai kawan. Ramainya mereka hanya seumpama buih di lautan yang bakal hilang bila ditimpa hujan. Ramainya teman ketawa bakal hilang apabila kita ditimpa musibah dan kedukaan. Mereka bakal lari dan menjauhi kita seorang demi seorang.
Jika ada teman di saat kesusahan itu dinamakan sahabat. Seorang sahabat akan bersama dengan kesusahan dan kedukaan kita. Tetapi berapa ramai jumlah sahabat yang kita ada. Kita akan tahu dan kenal sahabat apabila musibah menimpa diri kita. Yang tingglkan kita adalah teman ketawa yang bersama kita adalah sahabat berduka dunia dan akhirat.
Pada usia lima series kita amat snsitif melihat kejadian seperti ini. Ramai dalam kalangan kawan-kawan kita yang sudah mengalami dan sedang melalui apa yang saya surahkan ini. Kita sendiri juga bakal melaluinya jika tidak berhati-hati. Maka pada usia sebegini kita hanya boleh meletakkan harapan pada pasangan, anak-anak dan kedua orang tua yang bakal menjadi teman menagis di kala kita berduka.
Cuba kita perhatikan di dalam group WhatsApp. Jika ada dalam kalangan kita yang menceritakan tentang musibah yang menimpa dirinya seperti sakit, berapa ramai kalangan ahli WhatsApp yang ambil peduli. Terlalu pantas dalam kalangan ahli yang mengubah ceritra lain yang lagha dan leka. Maka kawan yang ditimpa musibah tidak mendapat sebarang simpati.
Sungguh kejam kehidupan dunia hari ini. Ramai kawan-kawan kita yang sudah mati jiwa dan hati. Matinya jiwa dan hati sebelum tubuh mereka meruput dimakan ulat. Mereka hilang simpati. Apa lagi bertanya khabar berita pada kawan yang ditimpa musibah. Sakit, walaupun sedikit adalah musibah. Tidak termampu untuk kita menulis ayat berbunyi; “bersabar dengan ujian Allah SWT”.
Betapa seriusnya tahap kematian jiwa dalam kalangan kawan-kawan kita. Kita tidak perlu melihat terlalu jauh. Lihat sahaja dalam kumpulan WhatsApp kita. Lihat juga kawan-kawan kita yang telah mengalami nasib “teman ketawa mudah dicari tetapi teman menagis sukar didapati”. Kasihan sungguh melihat mereka yang tidak diambil peduli oleh teman ketawanya.
Benarlah pepatah petitih orang tua-tua ini. Kita mungkin telah, sedang dan bakal melalui situasi seperti ini. Ketika kita sedang melaluinya ingatkan pesan orang tua-tua kita dahulu kawan menangis sukar didapati. Menagislah kita seorang diri sambil memujik hati. Pada ketika itu kita akan kenal siapa kawan dan siapa sahabat.
Maka berbuat baik dan jagalah sebaik mungkin ahli keluarga kita. Merekalah yang bakal menjadi teman menangis nanti. Pasangan kita bakal menjadi teman sehidup semati. Jagalah pasangan kita pada usia sebegini. Tidak perlu nakal atau behasrat untuk berbini lagi. Jagalah apa yang ada nescaya dia akn menjadi teman di kala kita berduka dan menagis seorang diri.
Kredit: FB Haji Darus Awang
(*catatan asal, tanpa mengubah mana2 tulisan....untuk rujukan masa depan.)

No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....