Hasil nukilan rasa : Khairul Hadi
Setujukah jika dikatakan dalam sistem yang kita duduki sekarang ini akan membuatkan lebih ramai dikalangan kita akan SIMPAN KUKU ditempat sendiri?
Kata sistem, yang terkehadapan itu proaktif, tapi realitinya kehadapan bermakna setuju dihumban beban.
Kata sistem, yang berani itu terpuji, tapi realitinya yang berani akan ditikam hatta kawan sendiri.
Kata sistem, cikgu hebat kena sentiasa buat lain dari yg lain, realitinya kalau kau buat lain, peganglah jawatan tu tetap dan berpencen.
Orang yg simpan kuku, senyap di whatsapp/telegram, buat diri seperti tidak wujud, selesaikan tugas hakiki sahaja.
Kalau ke kantin ada jalan sehala tapi kena tempuh bilik pengetua, lebih rela ikut jln byk hala supaya kurg sua muka.
Kereta parking jauh bawah pokok. Entah bila dtgnya pagi, entah bila pulangnya tgh hari. Tiada bising, tiada berkokok.
Yg anehnya, yg simpan kuku itu jadi motivator di sekolah lain, jadi jurulatih jayakan team lain, jd cikgu tusyen pakar diluar sana.
Tiada betul dan salah dalam hal ini. Semua cuba untuk survive dalam keadaan semasa.
Ini terjadi apabila yang bertungkus lumus, dipandang sebelah mata. Yang rajin kerja tak disantuni sebaiknya sebagai manusia. Robot pun kalau lenjan boleh pengsan. Inikan guru yang kudratnya perlu rehat, makan dan penghargaan.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....