MLM?? Hukumnya?
Kita semua kena faham betul-betul konsep perniagaan berasaskan Multi Level Marketing. Apa definasi sebenar MLM yang berasaskan Rolling Money, Money Game, Mark Up Harga Produk, Pairing, Matching, Infinity, Binary, Matrix force, Investment etc
Jom kita kupas. Dah berlambak diluar sana sistem-sistem manipulasi MLM.
MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
.
.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.
.
.
Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.
Menjadi keinginan semua syarikat (syarikat MLM & bukan MLM) untuk mencapai tahap pemasaran tertinggi dan kaedah MLM merupakan satu kaedah mencapai tahap jualan yang tinggi dalam waktu yang singkat.
.
.
Tidak kiralah bidang kesihatan, kecantikan, hartanah, telekomunikasi atau industri yang lain terlalu banyak yang menggunakan kaedah pemasaran MLM untuk mengembangkan perniagaan mereka.
.
.
Bagi mereka yang menggunakan kaedah MLM, hidup mati perniagaan mereka bergantung kepada pelanggan mereka dengan memberitahu orang lain mengenai perniagaan mereka.
.
.
Cara ini lebih dikenali sebagai kuasa mulut, “power of mouth”.
.
.
secara ringkasnya kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan pelanggan masa kini untuk mengiklankan dan memasarkan produk / perkhidmatan mereka kepada pelanggan yang berpotensi tinggi.
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenali dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah).
.
.
Orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'.
.
.
Pokok utama dari perniagaan MLM digerakkan dengan jaringan, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya.
(Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
.
.
Sumber rujukan : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat
.
.
Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut iaitu :
[1] Harga tinggi dari biasa.
.
[2] Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen.
.
[3] Hanya berdaftar dengan membayar yuran tertentu tanpa sebarang produk untuk diniagakan adalah salah satu bentuk riba Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
.
[4] Manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
.
[5] Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW.
.
.
Sila rujukan : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Kepada pengamal-pengamal sistem MLM wajib memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi agar perniagaan mereka halal. 9 Kriteria patuh shariah ialah:-
[1] Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya).
.
Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
.
Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
.
.
[2] Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
.
.
[3] Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
.
.
[4] Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
.
.
[5] Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
.
.
[6] Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
.
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'.
.
Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.
.
Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
.
.
[7] Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan.
.
Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
.
.
[8] Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
.
.
[9] Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
.
.
Sumber rujukan : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
\
👆👆Perkongsian info apa yang saya faham ttg definasi MLM. Namun kebanyakan syarikat yang wujud lebih banyak memanipulasikan sistem ini untuk mengkayakan syarikat masing-masing.
Jadi kita semua bolehlah menilaikan sesetengah syarikat itu betul atau sebaliknya. Bukan semua yang tak betul. Tapi kebanyakannya begitu.
Syarikat yang menggunapakai sistem MLM ni ada 2 jenis. 1 Bermusim dan 1 lagi tidak bermusim.
Kebiasaan syarikat MLM yang bermusim paling lama boleh bertahan 2-3 tahun sebelum berkubur. Dan kebanyakan dari syarikat ini menjanjikan pulangan dan bonus yang sangat besar.
Untuk menarik perhatian masyarakat menyertai syarikat mereka. Nak bagi contoh terlalu banyak.
Namun syarikat MLM TIDAK BERMUSIM ada yang sampai sekarang masih kekal seperti Tupperware, avon, cosway, zulian, Alken, Revell dan sebagainya. Sebab mereka menekankan konsep kesetiaan pengguna.
Kebanyakan syarikat ini dah berurusniaga lebih 10 tahun dan telah menyumbangkan cukai kerajaan yang sangat besar.
Kebanyakan dimainkan oleh leader yang tak bertanggungjawab tidak dinafikan.
Berbanding syarikat MLM yang hanya mempromosikan untuk melahirkan jutawan, kebanyakannya akan hancur.
Contoh : Uptrend, La Rome, Ads 4 Bulk, Hai O, Monavi, Xangosteen, CNI, Kangen, Phyto dan sebagainya...
Kuasa membeli yang dibuat-buat bukan sebab kebaikan produk tetapi disebabkan pulangan keuntungan menguasai logik akal
AMWAY adalah syarikat MLM yang sangat lama. Maksud AMWAY adalah American Way
Mengamalkan konsep kesetiaan membeli bukan bersandar kepada RECRUITMENT 100%
Itu dari sudut syarikat MLM yang berlandaskan produk kesihatan & kecantikan yang ada lesen AJL
Bagaimana pula dengan syarikat yang menggunakan sistem MLM tetapi tiada produk fizikal seperti pelaburan emas, perak, matawang seperti forex?? Mereka inilah sebenarnya yang banyak memanipulasikan sistem MLM tu sendiri, sehinggakan nama MLM lebih kerap disebut berbanding syarikat ini. Betul ke??
Yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni....
Jika syarikat yang berlandaskan FOREX atau emas memberikan anda pulangan yang sangat besar dan tetap, 100% ianya boleh dikatakan moneygame/rolling money. Ianya akan diperkuatkan lagi jika anda diberikan sistem MLM seperti pairing, matching etc.
Leader-leader MLM yang terdesak dan menyalahgunakan ilmu yang dikurniakan
https://www.facebook.com/Program-YES-Be-Smart-1021331441288766/?fref=ts
👆👆👆Projek terbaru yang memanipulasi hutang orang untuk dijadikan perniagaan.
Donald trump cakap.. MLM memang tempat utk orang belajar kd usahawan.. tanpa modal besar.. tanpa perlu cipta produk.. tanpa perlu buka syarikat n kedai.. terus belajar management..
100% yuran yang dibayar oleh ahli dipusingkan sebagai DANA EHSAN. Tidak perlu lakukan apa-apa hanya menantikan sahaja RM500 dimasukkan terus ke dalam akaun peserta.
sangat banyak kalau nak dikupas satu persatu. Dan kebanyakan yang mewujudkan program sebegini adalah individu dengan menciplak idea orang lain untuk dijadikan perniagaan money game mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=n19JgoC0g1Q&feature=youtu.be
Projek 25 hari dapat kereta di AGR
https://www.youtube.com/watch?v=7vpaMJW8gbI
👆👆Projek Raja kereta yang dah berkubur. Hampir sama mudus operandinya.
https://www.youtube.com/watch?v=6LkfR4-szmU
👆👆Projek Albab Capital Starz (ACS) Modus operandinya juga sama.
Memanipulasikan sistem MLM untuk kepentingan syarikat.
https://youtu.be/6_FFNVXuDqo
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....