Saturday, 6 October 2012

HUB ETNIK: Tajuk 3

hi there...^_^



TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

Kandungan Perlembagaan
Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
Bahagian II - Kebebasan Asasi
Bahagian III - Kewarganegaraan
Bahagian IV - Persekutuan
Bahagian V - Negeri-Negeri
Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
Bahagian VIII - Pilihan Raya
Bahagian IX - Badan Kehakiman
Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Bahagian XII - Am dan Pelbagai
Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Jadual-Jadual
Senarai Pindaan
Senarai Perkara yang Dipinda

DEFINISI :PERLEMBAGAAN
(1). Satu set peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung jawab pihak yg mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dgn autoriti yg lain, dan juga antara autoriti dgn rakyat awam.
(2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan: Naskah sahih
Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan salinan Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana salinan Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 160B. Teks sahih.
Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara
Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan @ rakyat
Umumnya ia terbahagi 2 jenis:
Pertama: perlembagaan bertulis - Perlembagaan bertulis: perlembagaan yg dikumpul & disusun dlm satu dokumen
Kedua: perlembagaan tidak bertulis (dalam satu naskhah yang khusus) -Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang2 yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah

Malaysia amalkan Perlembagaan Bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa drpd perlembagaan
Perlembagaan Malaysia mengandungi
a) Teks
15 Bahagian
183 Perkara dan fasal-fasal
b) Jadual-jadual
-13 Jadual
Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera sabah/sarawak dll

Di Malaysia, tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia.
Malah ketiga2 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kpd Perlembagaan Malaysia
Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kpd sekatan2 yg dikenakan oleh Perlembagaan
Undang2 persekutuan @ negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharka TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang2 itu bercanggah dgn Perlmbgn M’sia


Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yg diluluskan yg berlawanan dgn perlembagaan adalah setakat mana yg berlawanan itu terbatal.
Ini yg disebut sbg: ketinggian perlembagaan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sepanjang tempoh era penjajahan, o/Melayu sentiasa bangkit menentang
Selain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan
Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan2 spt Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak dll)
Juga media massa sbg medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam)
Muncul tokoh2 spt Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll

MALAYAN UNION (MU)
Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan MU pd 10 Oktober 1945
Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British utk dptkan t/tangan Raja2 Melayu.

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
1. utk menyatukan negeri2 & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri2 spt Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yg besar dan sistem pentadbirannya adalah terpisah
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dgn Jepun sebelum ini dan pengenalan MU dpt melemahkan kuasa org Melayu terutamanya Raja-raja Melayu
3. Menjadi asas kepada British utk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri

CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bwh pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan
Kedaulatan raja2 Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa & boleh bersuara dlm soal yg menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayau shj
Hak kerakyatan yg sama bg semua org tanpa mengira bangsa & keturunan. Bg yg telah menetap di Tanah Melayu sblm MU, boleh jadi warga negara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas & telah menetap 10 tahun.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU
Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dlm urusan pentadbiran negeri & hanya berkuasa dlm soal agama Islam, adat istiadat Melayu & mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
Singapura dipisahkan dr MU & ia kekal sbg tanah jajahan Inggeris
Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yg telah bermastautin lebih 10 tahun & lahir selepas MU, automatik jd w/negara
Hak sama rata kpd semua w/negara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa2 keistimewaan
Cara Sir Harold Mc Michael mendptkan t/tangan raja2 Melayu yg menggunakan cara paksaan & ugutan, spt Sultan Kedah yg telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan MU @ dilucutkan dari takhta pemerintahan.
Penentangan MU
Januari 1946-Alor Setar, 50,000 org Melayu mengadakan demontrasi
10,000 org di Kelantan
10 Februari 1946- Johor, lebih 150,000 adakan demontrasi
Tapi MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946 & Sir Edward Gent sbg gabenor pertama
Org Melayu pulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dgn menggantikan MU kpd Persekutuan Tanah Melayu.
British sedar tanpa sokongan org Melayu MU akan gagal.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
British tubuhkan j/kuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 wakil raja2 Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
j/kuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yg boleh diterima oleh org Melayu
Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pd Disember 1947- terdiri drpd org Wropah, Cina dan India, tujuannya utk dptkan pdgn org bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan T/Melayu diisytihatkan pd 1 Februari 1948

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
9 neg Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk PP & Melaka. Singapura kekal menjd tanah jajahan yg berasingan.
Kerajaan Persekutuan T/Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yg terdiri drpd:
14 ahli rasmi
9 org Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka & PPinang
50 ahli tidak rasmi yg mewakili kaum2 asing
Sultan2 diberi semula hak & kuasa memerintah tetapi dgn nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di T/Melayu & tlh bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorg pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bg kedua2 situasi tersebut adalah 18 tahun & mempunyai pengetahuan BMelayu yg baik.
Org Melayu diberi hak keistimewaan sbg kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dlm Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Merintis kemerdekaan
Pilihan raya 1:
1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
menang semua kerusi yg dipertandingkan (9)

Pilihan raya 2:
Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
12 kerusi dipertandingkan
Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas
1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu
1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan Melayu boleh berkerjasama.
Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & berkerjasama
Sebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing2.
Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yg didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dgn MCA&MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.


Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan.
Diketuai Tunku Abdul Rahman.
Wakil Raja2 Melayu:
En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
Wakil Perikatan:
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm Negeri) selaku KETUA
Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
SETIAUSAHA: T.H.Tan


Rundingan berlangsung mulai 18 Januari – 8 Februari 1956 (3 minggu)
Hasilnya: 8 Feb 1956 t/tangan Perjanjian London:
British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957
T/Melayu berada dlm lingkungan Komanwel & menjlnkan pemerintahan scr demokrasi
British mendpt hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
Sebuah badan bebas ditubuhkan bg menggubal Perlembagaan T/Melayu iaitu Suruhanjaya Reid
Jawatan S/usaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dgn Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan, & dipegang oleh rakyat tempatan.

Perlembagaan Persekutuan T/Melayu tlh digubal oleh Suruhanjaya Reid yg ditubuhkan 1956.
Keahliannya:
Lord Reid (British)
Sir Ivor Jennings (British)
Sir William Mckell (Australia)
Hakim B.Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

s/jaya ini tlh meminta cdgn & pdgn parti2 politik, org ramai, individu2 & Raja2 Melayu.
Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang tlh mendpt persetujuan &pdgn semua rakyat. Inilah adalah sebahagian daripada KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL
Persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara.
Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan yg longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bg bukan Melayu)
Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September 1963

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN& KONTRAK SOSIAL
Unsur2 tradisi adalah faktor penting utk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
Ia juga kontrak sosial yg tlh disepakati
Unsur2 tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera Sabah Sarawak & pemerintahan beraja
Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.
Dilindungi di bawah Akta Hasutan
Dianggap sbg isu sensitif yg dilarang dijadikan isu perbincangan awam
PERLEMBAGAAN MALAYSIA: perkara-perkara yg menyentuh Hubungan Etnik
Perkara 3 (1) Islam sbg ugama bagi Persekutuan
Perkara 8: persamaan & hak sama rata & pengecualian peruntukan ini dlm soal agama, kedudukan istimewa org Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, org Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.
Perkara 38: kuasa Majlis Raja2 menghalang parlimen membuat undang2 yg menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, org Melayu, Islam & bahasa Melayu
Perkara 150 (6) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153: kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum lain.
Lain-lain peruntukan dalam perlembagaan Malaysia tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu
Perkara 90
Perkara 8(5)
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
(Perkara 153)
Hak ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
Tp perkara ini juga melindungi kaum2 lain iaitu yang DiPertuan Agong bertanggung jawab melindungi hak2 mereka yg sah menurut peruntukan lain

Siapakah MELAYU dan BUMIPUTERA Sabah & Sarawak?
Dlm Perlembagaan Malaysia –Perkara 160, MELAYU ditakrifkan sebagai:
Lazimnya bertutur dlm Bahasa Melayu
Beragama Islam
Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala BUMIPUTERA Sabah & Sarawak ialah:
Sarawak: terdiri dr mana2 satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit, atau dia berketurunan campuran dr kaum tersebut.
Sabah: anak atau cucu kpd seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

JUSTIFIKASI/RASIONAL
RASIONAL PERKARA 153
Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan bukan Melayu.
Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak keistimewaan org Melayu.
Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan
w/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.
3 perkara dlm Perkara 153
Perkhidmatan Awam
Tanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS dgn memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam persekutuan yg baginda fikirkan perlu.
Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang olehnya.
Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm perkhidmatan awam mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yg lain.
Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu kadar bilangan dlm perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di awal kemerdekaan, sedikit sangat bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.
2. Ekonomi
Rata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan berada dlm kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.
Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.
Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu) belum tercapai.
Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan (lihat k/kerja)
Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.
Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi lesen perniagaan dan premis perniagaan yg strategik
3. Pendidikan
Penjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu dlm kemiskinan.
Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg lebih baik drpd i/bapa mereka.
Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu.
1970: bilangan pelajarbumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah 40.2% berbanding non-bumi 56.2% - contoh, di UM
Peratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah
Sambungan….
Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur, peguam) pd 1970 hanya 4.9% atau 225 org.
Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal ketinggalan (tahun 1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )
Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun ia masih lagi tertinggal jika dibandingkan non-bumi.
w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan tidak menghapuskan sekolaj jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg merdeka hingga sekarang.
Pengekalan ini seolah bercanggah dgn Penyata Razak 1956 yg mahu mewujudkan sistem penddk kebangsaan
Pengekalan sekolah ini t/bgt menyumbang ke arah integrasi nasional demi mengukuhkan perpaduan kaum
Sambungan…
Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggi

RASIONAL PERKARA 152
Rasional pemilihan bahaa Melayu sbg bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu telah menjd lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dr segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
Pd 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kpd Gabenor Singapura dlm bahasa Melayu.
Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu pelajari BMelayu, ambil ujian BMelayu dan perlu lulus. Barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu.
Jelas BMelayu telah diterima sbg bhs rasmi sejak sebelum dan semasa zmn penjajah.
Bahasa Melayu (Perkara 152)
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yg mengikut implikasi yg diperlukan mestilah digunakan utk maksud2 rasmi)
Tiada siapa yg dilarang daripada menggunakan (selain drpd maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa2 bahasa lain.
Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan & pembelajaran bahasa lain dlm persekutuan.

RASIONAL PERKARA 3
Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahun
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.
Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm Perkara 60
Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.
Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan undang2 Islam ialah undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang2 tersebut.
2) Agama Islam ( Perkara 3(1) )
Agama Islam adalah agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan utk menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.
Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap org berhak utk menganut & mengamalkannya.
Hak penganut agama lain ialah:
Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang2

 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment ^__^ ....