kongsi nota yang kawan MD bagi....semoga hidup beliau dipermudahkan dalam segala urusan...tqvm
(MD pun baca nota kat blog jer.....huhu)
KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
KONSEP ETNIK
• Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang
bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar
ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di
mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlaku yang sama.
• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan
ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,
dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap
etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil,
berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara
berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua
istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara
bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa
dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.
• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia
dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan
manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan
sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan
sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga
tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu
kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu
sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan
turun-temurun daripada nenek moyang itu.
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik
juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan
sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan
etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Konsep Negara Bangsa
• Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu
bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang
di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa
yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.
• CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan
bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui
aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah
aspek kebangsaan
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat
negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan
ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu,
Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama
iaitu warganegara Malaysia.
KONSEP MASYARAKAT
• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang
hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Keperluan Mengkaji Masyarakat
1.
Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan
seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang
menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.
Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian
terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami
manusia secara keseluruhan.
2.
Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman
yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di
dalam lingkungan sosialnya.
3. Memahami
Budaya dan Masyarakat Lain
Individu
yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya,
tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang mengkaji
masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.
4.
Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan
masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global
seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan
kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan
kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.
Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia
Yang Hidup Berkelompok
Manusia
ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang
membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini.
Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
2.Melahirkan
Kebudayaan
Tiada
masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi
dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.
3.Mengalami
Perubahan
Sebagaimana
budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi
kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh,
suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.
4.Berinteraksi
Salah
satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan
bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini
boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila
masyarakat bertemu di antara satu sama lain.
5,Terdapat
Kepimpinan
Pemimpin
adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan
sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup
kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
6.Stratifikasi
Sosial
Stratifikasi
sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya
atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah
kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan
seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan
Status
ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti
penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas
sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya
tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang
memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra
KONSEP BUDAYA
Definisi:
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya
boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan
Budaya
kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya
bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya,
setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam
budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai
alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi
seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Dua
peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan
identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau
sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’
dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu
keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu
terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam
proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu
belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar.
Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh
ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Apakah
bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
a.
Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
b.
Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur
seseorang.
d. Tahap
pendidikan
e.
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
*Dikongsi
Budaya
itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat
menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan
oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh
sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun
ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
*Sejagat
Budaya
itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana
faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota
Clyde
Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan
dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata
pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii.
sistem sosial.
iv.
bahasa
v.
kesenian
vi.
sistem pengetahuan.
vii.
agama dan kepercayaan.
(Budaya
dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya
itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada
hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi
yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya
sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah
beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan
dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada
ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
• iv. pertembungan budaya.
• v. konflik yang berlaku.
• vi. perubahan alam sekitar.
*Perlambangan
Perlambangan
ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada
pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi
sesama mereka seperti isyarat memanggil.
*Pandangan
Semesta
Pandangan
semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana
manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang
erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak
nasi) dan sebagainya.
Fungsi
Budaya Dalam Kehidupan
Budaya
dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang
sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu
diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.Memenuhi
dan Menyediakan Keperluan
Semua
manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan
rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan
keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu
mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai
Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan
adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai
peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam
memberikan panduan, meliputi:
•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur
Hubungan Sesama Manusia
Dalam
masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai
dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan
memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.
4.Sebagai
Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam
fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo
memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong
kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.
5.
Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya
berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa
dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila
anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi
mencapai sesuatu.
PLURALITI BUDAYA
Di
Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil
kaum bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya
digunakan sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.
.
“Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang
penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum
dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili
oleh formula
A + B +
C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) “
TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
• Segregasi
Ia
merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud
sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di
Afrika Selatan.
• Akomodasi
Ia
merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu
sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun,
mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan,
mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan
Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.
• Akulturasi
Ia
merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila
satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan
unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun
kejayaan akulturasi bergantung kepada:
• 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya
kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
• 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima
seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.
• Asimilasi
Ia
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat
Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya
proses asimilasi
Proses
asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik
yang berbeza budaya.
2.
Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
Kejayaan
asimilasi bergantung kepada:
1.
Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti
etnik lain.
2.
Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3.
Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok
minoriti adalah kecil.
4.
Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5.
Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan
proses asimilasi.
Faktor
penghalang asimilasi ialah:
1.
Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap
budaya lain.
2.
Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3.
Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
.Amalgamasi
Ia
merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....