Saturday, 29 November 2014

Catatan Cikgu Rajin:sekolah kebangsaan vs sekolah international : bagaikan langit dan bumi??!

kredit catatan Cikgu Rajin

Sekolah kebangsaan dgn sekolah international bezanya bagaikan langit dan bumi.

Malah pelajar yg duduki spm dan o-level, pun banyak bezanya. Saya mengajar SPM dan juga O-Level. O-Level ini pulak, ade yg ambil IGCSE, GCSE, EDEXCEL ataupun IB. Walaupun sukatan mereka secara am nya hampir tetapi jika difocus secara teliti perbezaan adalah besar.

Sebagai cth:

Physics.
SPM.
Paper I objective
Paper II Subjective
Paper III Practical Paper (Amali)

O-Level IGCSE
Paper I
Paer II
Paper III
Paper IV
Paper V
Paper VI
Tetapi hanya 3kombinasi kertas sahaja dibenarkan.

Kalau kita cerita pasal topik Cahaya (Light)...sama je intipati soalan dia.

Tetapi budak o-level adalah vokal, byk bertanya, dan sekiranya mereka mula bertanya, memang kalau kita sebagai guru/cikgu/tutor kalau tak boleh jawab, memang memalukan.

Kenapa mereka terlalu vokal?
Kenape mereka pandai bertanya soalan?
Kenapa mereka mempunyai pemikiran yg kritikal dan lateral?

Sebab nya masa peringkat sek rendah, mereka telah dilatih public speaking skills dan telah didedahkan dgn topic thinking skills.

Dan segala soalan yg ditanya oleh mereka cikgu tak boleh mengelak. Kalau dikomplen oleh sibudak ini, dan pengetua dpt tau, kemungkinan dan kebarangkalian sangat tinggi utk cikgu itu diberhentikan kerja...maklum la private school, kata2 pelajar dan ibubapa sangat dititik beratkan.

Saya bercerita pengalaman peribadi, dan saya ada local dan international students. So memang nampak sangat la perbezaan ini. Kalau yg dpt anak mat salleh, hmmm lagi la, kalau yg tak boleh speaking tu dan tak boleh terangkan dgn betul, itu mungkin akan menjadi kelas kita yg terakhir.

Tapi memang best ajar IGCSE ini. MENARIK.

dan kesempatan ini saya ambil dan dedahkan semua pelajar sekolah tempatan kita dgn soalan IGCSE GCSE EDEXCEL dan IB. Walaupun duduk SPM tapi ini semua utk kebaikkan mereka jugak.

Dan mengajar dlm english sebenarnya banyak kelebihan. Tapi saya pun paham, yg kat kg dan pedalaman mempunyai masalah belajar dlm English.

Tapi semua private student saya, especially malay, saya masih ajar dlm English....dan saya alasan tersendiri kenapa saya buat mcm tu, utk kebaikkan masa depan mereka jugak.

Syukur, setakat ini mereka menunjukkan minat yg tinggi dan paham dgn apa yg diajar. Markah nye pun molek molek belaka

Masalahnya kita kat Malaysia ini, naik je menteri baru ade je benda baru yg mereka nak buat...aduhai...kssr kbsr upsr srp pmr PT3 spm...banyak yg kita dah ubah...

Pernah lihat tak result SPM dan IGCSE...

SPM bagi gred Physics A
Kalau
IGCSE Physics A 90....siap bagi markah lagi...kita kat sini berani ker nak tunjukkan markah dlm slip keputusan SPM?

kerja guru kat malaysia ni sangat banyak dan saya pun rasakan ada yg tak betul.

Tapi saya nak komen lebih pun tak boleh, sebab saya ni private tutor yg mengajar 50% buat eksperiment 40% (science, physics, chemistry) dan kerja kerani hanya 10%....

This is my personal point of view regarding our local and international school in general.

Anyway, what ever we do, let us do it with sincere heart.

Be the best of the best among the best.


walaubagaimana pun....
Kejayaan memang byk bergantung pada diri sendiri dan juga persekitaran sekolah.
Kita semua kat group ni dari sekolah tempatan. Ade ke yg dr international?

Tetapi sekarang ni, seolah olah banyak ibubapa yg hilang kepercayaan pada sekolah kita? Kenape?
Ape yg telah berlaku?
Mana silap nye?
Teruk sangat ke sekolah kite ni?
Ape cikgu kite tak de qualiti ke?
Kalau nak kata kualiti takde, mustahil...upsr, pmr, spm...berlambak je student yg dpt semua A. 

Setiap tahun ade peningkatan. Jadi, mana silap nye???
hmnnnnnn.......................
Ade student bila kita ajar, kita boleh agak prestasi dia, yg sebelum ini tak pernah lulus Add Maths, dapat result C atau B- ...tapi....
Hmmm mcm mana tu?

Ape ape pun ini semua pilihan ibubapa utk berikan anak mereka yg terbaik.




Thank You from bottom of my Heart
Rajinder Singh
Tutor Raj.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment ^__^ ....