Sunday, 30 November 2014

Catatan CIKGU RAJIN: Nawazir dan rahsia kejayaan SPM 9A+


#‎Tokoh‬ ‪#‎Pelajar‬ ‪#‎Anugerah‬ ‪#‎Maulidur‬ ‪#‎Rasul‬

Tahniah kepada semua warga pendidik yang pernah mengajar dan membimbing Nawazir dari SM Seksyen 7 Shah Alam.

Cenderahati yang tak ternilai harga nya. Bangga dapat berposing dengan Nawazir
" Nawazir sebenarnya tidak mendapat pendidikan sekolah rendah seperti pelajar yang lain. Ini disebabkan beliau sebenarnya mempunyai masalah kesihatan.

Dan menduduki UPSR sebagai calon persendirian, apabila lanjut pelajaran di S
ek Men, beliau ditempatkan di kelas yang tercorot.

Tetapi usaha gigih beliau serta guru guru disekolah yg tidak berputus asa, telah memberikan dorongan untuk beliau berjaya.

Memberikan kejutan besar kepada semua Warga di Sekolah Beliau

I do really admire his courage and his determination to success....bravo!!!"

Menduduki SPM tahun 2012 dengan keputusan yang cermerlang (9A+) dan diberikan Anugerah Khas Saidina Ali sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1434H/2013M. Juga merupakan Tokoh Pelajar, Ketua Pengawas di Sekolah tersebut.

Terima Kasih juga saya ucapkan kepada Ibu nya Pn Masmawati (Pensyarah di UiTM Shah Alam) yang memberikan saya peluang untuk membimbing Nawazir dari Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 5 secara peribadi (Private Tutor)

Dan kini, Nawazir berada di INTEC Shah Alam, semoga beliau berjaya di INTEC dan dapat meneruskan pelajaran di UK kelak.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan beliau. Jawab nya begitu mudah
"jangan tinggalkan solat, hormat ibubapa, hormat pada guru, dan berikan tumpuan didalam kelas serta lakukan ulangkaji secara konsisten".
feeling blessed.




Memberikan kata kata semangat kepada Nawazir. Semoga segala usaha nya untuk mengorak langkah ke Menara Gading dipermudahkan urusan oleh-Nya....amin.~ Cikgu Rajinder Singh :)

Kredit: Cikgu Rajin


PESANAN DARIPADA CIKGU RAJIN: 
Ibu bapa dan guru-guru boleh jemput Cikgu Rajinder Singh untuk  mengadakan seminar pengajaran subjek Add Maths , physics or Chem. untuk pelajar-pelajar form 3, 4 and 5 secara PERCUMA di kawasan
PJ, KL dan  Shah Alam....dan yg berhampiran....

 ~ Sila tinggalkan pesanan/email address di ruangan komen. Terima Kasih ..

2 comments:

  1. Saya berminat untuk mengadakan seminar bagi subjek addmath dan fizik form 4 dan 5. Boleh bagi maklumat lanjut bagaimana saya boleh menjemput Cikgu Rajinder untuk memberi seminar di tempat saya?

    emel: mr.izzatamir@gmail.com
    lokasi: seri kembangan, serdang

    ReplyDelete
  2. salam..sorry sbb lambat reply...ada masalah dgn setting komen blog saya..ok.saya akan maklumkan kpd cikgu Rajinder..a.s.ap :)

    tq

    ReplyDelete

Thanks for your comment ^__^ ....