#Ilmiah #Pengalaman #Sikap #Pelajar #KongsiPengalaman
~ sambungan catatan Cikgu Rajin
Cabaran FORM 4
memasuki tingkatan 4 kelas sains, Nawazir sudah khatam topic pertama dalam physics chemistry add maths.
Tetapi kusangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari.
Kedatangan Nawazir dikelas sains ini tidak mendapat sambutan yang
seperti dia harapkan. Rakan rakan kelas yang lain tidak suka dengan
budak kelas yg corot masuk kelas Sains.
Al-maklumla, sebab yg kelas sains ini semuanya dari kelas top masa ditingkatan 3….siapa la Nawazir ini…
Awal bulan Jan, ketika ingin buat kelas, Nawazir Nampak begitu muram,
ingatkan sakit, rupanya dia ade tekanan di sekolah. Dia dicaci dihina
dan mcm mcm lagi…tak guna sungguh kawan dia kat kelas itu.
Pn
Masmawati pula tak tahu ape yang perlu dibuat. Tak sangka ramai yang
tidak puas hati dengan pencapaian Nawazir. Kami semua duduk sembang apa
nak buat. Tukar sekolah? Hmmm susah pulak, rumah dah le dekat ngan
sekolah.
Saya suruh Nawazir bersabar. Tapi tu la kan, senang kita cakap bersabar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kelas seperti biasa, tapi kawan kat sekolah siap buat blog lagi kutuk
Nawazir…Aduhai paroh betui lagu ni. Nawazir ade tunjukkan keratan yang
dia print dan memang panas hati betul bila membaca nya….kalau ikutkan
hati ini, memang nak ku lempang terajang ala ala style Hindustan gitu!
Kenapa? Kenapa la hasat dengki ni tebal sangat? Kenapa la bila ade orang Berjaya, kita kutuk, rasa tak senang hati?
Kenapa?
Cukup marah sungguh saya dengan budak yang tak beretika itu. Dan di
saat itu, saya pulak yang disuruh nye bersabar…”Sabar Sir, bersabar, ini
semua ade hikmah disebaliknya” kata Nawazir secara selamba.
Aduhai…benda macam ni u nak saya suruh sabar…mana boleh…kena report ni
!!!...tetapi tu la, mereka yang kuat agama ini, tak kira apa jua yang
menimpa, mereka terima…ermmm ade istilah yang muslim selalu
gunakan…percaya pada qada dan qadar (maaf kalau silap ye)
Tapi tu
la yang saya respect sangat dengan si Nawazir ni. Tak tau nak cakap
ape. Kadang kadang tu rasa sedih sangat yang saya ni tak boleh tolong
dia selesaikan masalah tekanan dia daripada kawan dia tu semua.
Aduhai…sedih sungguh!!!...
Eh eh…masa tu bila difikir balik
ketika dah tenang, dapat pulak idea nak tolong si Nawazir ini. Kenapa
saya tak terfikir ye? Jawabnye , Hmmmm mana nak fikir bila ade perasaan
marah…itu la lain kali jangan marah sangat...syaitan jin yang kuasai
minda bila kita tu marah sangat. Rileks…cool…take it easy…gitu le
ceritenye.
Saya bagi tau dekat Nawazir dan emaknya, kita tak
boleh tentang kawan dia dengan cara mereka buat, tapi biar kita tentang
mereka dengan menunjukkan keputusan cemerlang pada masa waktu
peperiksaan yang pertama. Yes we will teach them the lesson. And that
was my personal promise to Nawazir. I will ensure that he will be the
best of the best among the best dengan Izin-Nya.
dan trick nye
mudah sahaja, rata rata cikgu disekolah biasanya akan recycle soalan
soalan lepas exam dan akan berikan pada masa peperiksaan. So saya tahu
ape yang perlu dibuat.
latih tubi dan memberikan pendedahan secara conceptual.
Dan keputusan peperiksaan pertama, memang membuatkan semua rakan rakan
Nawazir ternganga…memang memberangsangkan, memang menakjubkan, memang
terhebat. Dan ini betul betul memberikan kepuasan yang tak terhingga
pada saya….aduhai…perenggan ini bila dibaca balik rasa nya macam saya ni
angkat bakul sendiri pulak….
Tetapi itu lah realitinya, itu lah
hakikatnya, Nawazir memang cemerlang. Dan ketika itu ade rakan nye yang
mula respect dengan nya…wow what a sweet revenge and what a sweet
victory….syukur
Ohhh lupa saya, Nawazir juga sudah jadi pengawas sekolah diawal tahun ketika itu.
Tetapi cerita ini tidak la seperti mana yang saya harapkan. Kepada
rakan yang telah Berjaya masuk asrama, masalah anti-Nawazir masih wujud
lagi ketika itu.
Seperti biasa, keputusan Nawazir sentiasa cemerlang.
Dan ketika bulan Jun …tak berapa pasti…Pn Masmawati memberitahu yang
Nawazir, calonkan diri nak jadi Ketua Pengawas…uishhh biaq betui mamat
ni….nak jadi ketua pengawas…I tanya Nawazir u minat ker? Dia memang ever
ready je…hmmm bagus ler tu…kita cuba…kalau dapat bagus. Bila saya tanya
kenapa minat sangat nak jadi pengawas ni? You nak balas dendam kat
kawan you ke? Dia senyum je…sebenarnya tak de langsung niat Nawazir nak
balas atau pun buat benda benda yang tak senonoh tu. Memang niat dia
ikhlas nak jadi ketua pengawas.period!
Empat pelajar yang nak
jadi ketua, diberikan tugasan mengikut minggu…minggu pertama sampai
minggu ke empat, setiap calon perlu tunjukkan bakat kepimpinan yang akan
dinilai oleh guru dan ketua pengawas yang akan turun tahta nye nanti.
The game is getting interesting. Saya sebenarnya, selain mengajar, saya
juga membuat teambuilding activity untuk pihak swasta. Memang molek ler
tu, saya kongsikan pengalaman masa buat teambuilding dengan Nawazir
supaya dia boleh buat lain daripada yang lain dengan pengawas dan
pelajar yang lain.
Syukur sekali lagi, siapa sangka, Nawazir yang terpilih…syukur sangat sangat…
Dan sekarang Nawazir perlu membentuk jawatankuasa pengawas…haaa tu
dia…dia lantik rakan rakan dia (pengawas) yang sebelum ini pernah
membenci dengan dia….hebat sungguh budak ini. And the rest is history.
yang patut dibanggakan adalah caranya, kepimpinan nya, yang memang disukai ramai…salute you young man…you are the best!
~ bersambung............
kredit : Cikgu Rajin


No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....