~ sambungan Catatan Cikgu Rajin
PMR~ satu langkah ke alam baru
dipendekkan cerita, masuk la tingkatan 3 (2010)…haaa PMR…oppsss sebelum tu, habis jer form 2, masa cuti sekolah bulan Nov Nawazir balik balik kampong Dungun Terengganu seperti biasa. Takde le kelas dengan dia, tapi saya sibuk dengan budak budak dari sekolah asrama penuh seperti biasa. Waktu cuti jer pun saya boleh ajar mereka. Dan bulan December, Pn Masmawati mahukan kelas insentif diadakan dengan Nawazir. Kesempatan ini saya ambil dan habiskan tiga bab yang pertama untuk tingkatan tiga, topic Lines and Angles II, polygons II, circle II. Dan bila masuk form3, Nawazir sudah advance 3topik berbanding dgn rakan yang lain.
Bulan Jan, kelas seperti biasa, dah advance tiga topic berikan kelebihan, sukatan Matematik sempat dihabiskan didalam bulan pertengahan bulan Mei. Bulan Jun July August dan awal September digunakan sepenuhnya buat ulangkaji. Pada masa yang sama saya mula perkenalkan sains dan cara nya untuk belajar secara conceptual (Sains ini sebenarnya Nawazir ade cikgu lain yang mengajarnya)
Masa itu, dapat dilihat tahap confident Nawazir agak tinggi, tetapi ade bahaya nye disini. Nak buatkan diri itu jangan riak sangat, saya berikan Nawazir soalan yang memang sengaja susah. Soalan Olympiad Mathematic. Bukan nak menganiaya, Cuma ingin dedahkan Nawazir bahawa tahap soalan ini boleh ditingkatkan kesukarannya walaupun kita sudah mempunyai asas yang kukuh. Tetapi menjawab soalan Olympiad Mathematic, pemikiran yang sangat tinggi diperlukan…KBAT HOTS luar kotak semua skills ini perlu digembelingkan…masa tu dapat kita lihat, betapa kerdilnya diri ini, sebelum ini kita anggap kita jaguh…rupanya bila diberikan soalan yg susah baru kita tau langit ini tinggi atau rendah.
Bila dapat keputusan PMR, syukur Alhamdulillah (sekali lagi izinkan saya menggunakan perkataan Alhamdulillah) result Nawazir bagus, A belaka semuanya…gembiranya hati ini tak terkata, suka nye hati tak ternilai, segala usaha gigih membuahkan hasil, pengalaman yang menarik. Tetapi kejayaan ini juga harus diberikan kredit kepada semua warga guru yang terlibat membimbing Nawazir. Tahniah Cikgu, you all are the best!
Dan ketika itu Nawazir dari kelas yang corot di tingkatan satu,
tingkatan dua kelas yang sederhana dan kini telah Berjaya melonjakkan
diri kekelas Sains, memberikan satu kejutan yang amat besar kepada semua
rakan dan juga cikgu nya.flash back setelah habis PMR.
Sebenarnya, selepas sahaja habis PMR, seperti sebelum ini, saya diberikan arahan sekali lagi oleh Pn Masmawati untuk mendedahkan Nawazir kepada topic yang saya paling minati, iaitu, Physics, Chemistry dan Add Maths.
Seperti biasa, subjek ini, ramai yang ketahui umum adalah subjek yang sukar. Dan untuk TIDAK menunjukkan kesukaran subjek ini, banyak cerita applikasi kehidupan yang perlu diceritakan…bukan nya sikit tetapi perlu ceritakan banyak aplikasi yang ade disekeliling kita.
Saya mulakan dengan Prinsip Bernoulli, yg membuatkan kapal boleh terbang, dan juga menunjukkan demo menggunakan kertas dan kipas, tunjukkan konsep Inertia , pengiraan ayunan bandul, rate of reaction bila kita masukkan Panadol soluble didalam air sejuk, air suhu bilik, air panas dan macam macam lagi…semua nya kaitan nye dengan konsep Physics serta Chemsitry.
Tidak menggunakan buku teks ketika ini, hanya lebih kepada konsep santai, dan layan secara selamba apa jua eksperimen yang boleh dilakukan menggunakan perkakas dirumah. Ini caranya untuk menarik perhatian dan minat Nawazir. Pengenalan ini dilakukan untuk dua minggu.
selepas itu baru la saya perkenalkan buku rujukan tingkatan4 pada Nawazir. Ketika rakan Nawazir disekolah selepas PMR banyak luangkan masa bersantai, Nawazir berjinak jinak dengan buku tingkatan4 aliran sains…haa tu dia! Nampak tak? Nampak tak disini ape yang Nawazir buat? Keputusan PMR tak keluar tetapi sudah membelek dan membaca, penuhi masa. Bagi dia, tak rugi pun baca, kalau tak masuk science stream pun it is ok. Tetapi sebenarnya, dia dapat rasakan yang memang dia akan masuk kelas sains. Dia yakin. Jangan buang Masa…setan suka orang yg buang masa ni…
Dan pada bulan December, ketika itu saya sudah mula serious membincangkan perkara physics chemistry dan add maths dengan Nawazir. Untuk chemistry saya pastikan nawazir jatuh cinta dengan Periodic Table. Kenali 20unsur pertama didalam jadual itu, dan memahami susunan electron dan ciri ciri susunan itu semua. Apa berlaku bila mereka bergabung dan sebagainya. Background saya, Kejuruteraan Kimia, dan saya juga dedahkan kepada Chemical Engineering dan keindahan bidang kejuruteraan ini (walaupun saya jadi private tutor akhirnya)
Untuk Physics, saya tekankan pentingnya SI unit dan cara untuk menukarkan unit. SANGAT PENTING….dan saya juga tekan kan kepada Dimension Analysis (ini hanya diajar bila berada di tingkatan enam) dan juga saya terangkan betapa penting nya memahami rumus dan menukarkan rumus itu kepada bentuk graph. Dan seterusnya berikan Nawazir banyak data untuk dia plot atas kertas graph.
matematik tambahan, saya mulakan dengan linear law( form 5), jugak kaitannya dengan graf, sebab ini akan membantu dia memahami fizik dengan perlu di olah data atau rumus kepada bentuk graf.
itu laa teknik saya mengajar Nawazir supaya dia boleh merangkak sebelum memulakan larian dan seterusnya memecut dengan laju.
Selepas itu dimulakan dengan sukatan yang sebenarnya. Bab pertama setiap pelajaran, khatam sebelum masuk form 4
~ BERSAMBUNG................
kredit:
Cikgu Rajin
http://www.selangorku.com/?p=22060

No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment ^__^ ....