Friday, 27 November 2015

Cerpen seram bersiri KGM: Cikgu Ummu Zakiyya pendahuluan

#ceritaseorangjuruukur

Pendahuluan

Aku (penulis sendiri) ada seorang adik lelaki. Usianya 32 tahun. Adik aku ni kerjanya sebagai juruukur. Dia memiliki sebuah company ukur kecil kecilan sahaja. Hanya ambil sub dari company company besar. Maklumlah baru baru nak menapak dalam bisnes ukur ni.

Memandangkan bisnesnya baru nak merangkak makanya dia ambil semua projek sub kontrak ukur hatta dia dan staff dia kena masuk keluar hutan tebal sekali pun.

Diawal awal kerjayanya dulu dia pernah mengarung paya dalam separas leher dia yang tak berapa nak tinggi tu tanpa mengetahui apa yang ada dalam paya tersebut sambil memikul alat ukur. Kira tawakkal tinggi la dia ni. Pernah jugak satu masa dulu dia buat kerja ukur dalam hutan tebal, ketika leka mengukur dia tak perasan yang dia mengukur di bawah perut gajah yang besar dan tinggi. Punyala asyik buat kerja. Sampai tak ingat dunia.

Tapi itulah ALLAH sentiasa lindungi dia dari segala mara bahaya. Mungkin asbab doa mak aku sama. Setiap kali dia nak masuk hutan, mak akan solat hajat dan tak putus berdoa moga dia keluar dengan selamat. Kasih seorang ibu.

Syahdu pulak aku rasa time cuti cuti ni... hehe.... ok sambung cerita.

Biasanya projek yang dia ukur adalah untuk dibuat jalan raya, empangan, asrama dan sebagainya. Bangga jugakla aku dengar bila adik aku ni menyumbangkan tenaga dia untuk satu satu projek pembangunan macam tu.

Setiap kali kami bertemu, aku mesti korek cerita cerita mistik yang berlaku padanya selama dia 'berkampung' di dalam hutan belantara bagi menyiapkan satu satu projek.

Setiap kali dia bercerita, aku pasti akan melopong mendengarkannya kerana bagi aku boleh tahan seram dan berani dia ni. Dan ada juga dia kongsikan tips tips ketika masuk hutan. Aku ambilnya sebagai ilmu. Walaupun entah bila aku akan menggunakannya.

Dalam banyak banyak cerita ada satu cerita yang baru berlaku pada dia yang aku sendiri pun tak tau nak cakap macam mana. Cuma apa yang aku mampu cakap dia ni memang kental dan semoga ALLAH lindungi dia dari mara bahaya dan sihir manusia. InsyaALLAH nanti aku kongsikan di dalam episod episod akan datang.

Namun aku jarang bertemu dia. Dalam setahun hanya sekali dua kerana kesibukannya sebagai juruukur yang sentiasa outstation dan tinggal anak bini.  Kental jugak la wife dia ni sebab asyik kena tinggal. Kalau aku, entah la. So lately ni aku tak dapat nak korek cerita terkini dari dia la.

Ok itu saja untuk pendahuluannya. InsyaALLAH ada masa ada izinNya aku akan sambung ke episod 1 cerita seorang juruukur ni.

Kredit; Cikgu Ummu Zakiyya

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment ^__^ ....