Sunday, 30 November 2014

Catatan Cikgu Rajin :1. Kelas pertama bersama Nawazir

#‎Ilmiah‬ ‪#‎Pengalaman‬ ‪#‎Sikap‬ ‪#‎Pelajar‬ ‪#‎KongsiPengalaman‬

Salam sejahtera,

Susulan daripada post saya yang menceritakan kisah Pelajar yang bernama Nawazir. Saya ingin kongsikan pengalaman membimbing pelajar ini dan bagaimana pendekatan Nawazir dan juga Keluarga serta sikap positif pelajar ini sehingga merangkul anugerah Tokoh Pelajar dan Tokoh Maulidur Rasul peringkat Selangor.

Dengan Izin, benarkan saya memberikan petikan Al-Quran, surah Ar-Ra’ad (ayat 11):
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubah nasibnya”



Saya yakin dan saya percaya, perubahan yang dibuat Nawazir ini datangnya daripada niatnya yang ikhlas untuk mengubah diri nasibnya, dan ini semuanya berlaku dengan izin-Nya.

Saya masih ingat lagi dengan jelas kali pertama pertemuan saya bersama Nawazir ini. Diperkenalkan oleh rakan, Fitri, yang juga merupakan seorang private tutor seperti saya. Fikri memperkenalkan saya pada Nawazir yang memerlukan bimbingan didalam bidang Matematik.



KELAS PERTAMA
Seperti biasa, kelas pertama ini, adalah sangat penting dan kritikal bagi diri saya. Ini kerana didalam masa dua jam ini, banyak soalan asas (basic fundamental) yang perlu ditanya, banyak juga soalan soalan conceptual yang akan dilemparkan, ini semua dilakukan untuk mendapat gambaran keseluruhan mengenai tahap pemikiran Nawazir.

Semasa itu, ibu Nawazir, Pn Masmawati, kebetulan ade dirumah, dan membiarkan sahaja saya bersama anaknya. Kelas pertama ini berlalu dengan begitu pantas dan tiba le masanye untuk saya berikan feedback kepada Pn Masmawati.

Sepanjang dua jam itu, saya rumuskan pada Pn Masmawati, bahawa, Nawazir, tidak mempunyai basic fundamental yang saya harapkan. Tetapi ini semua boleh diatasi. Dan ape yang membuatkan saya tertarik adalah soalan dan pendekatan yang dibawa oleh si Nawazir ini. Banyak bertanya dan soalan yang ditanya itu kadang kala banyak memerlukan kesabaran untuk menjawab. Uishh memang mencabar betui kesabaran. Mane taknye! Soalan yang ditanya nye tu kadang kadang tak masuk akal….hahahaha…tak pe le, dia bertanya, dan kita pun jawab le. Private Tutor tak boleh elak daripada memberikan jawapan.

Ok la, dipendekkan cerita, Pn Masmawati terima feedback saya ringkas itu mengenai anak nye.
Dan selepas itu, Pn Masmawati pula yang menilai cara saya ajar dalam masa dua jam itu tadi. Haaa, nasib baik response nye menarik dan ketika itu juga saya mendapat tahu yang Pn Masmawati ini merupakan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam. Memang fasih berbahasa Inggeris. Dan saya diberikan “arahan” kalau boleh, bertutur 100% didalam Bahasa Inggeris ketika mengajar. Hmmm…menarik, sebab saya pun biasa nya bertutur dalam Bahasa Inggeris, jadinya ia memberikan plus point kepada saya.

Selepas habis nye sesi “feedback” ini, makan minum petang pun disediakan oleh Tuan Rumah. Sambil bersantai duduk makan minum tu, saya pun bertanya dengan lebih lanjut pasal Nawazir ini. Alangkah terkejut saya bila mendapat tahu Nawazir ini sebenarnya tidak mendapat pendidikan formal dibangku sekolah rendah. Opocot! Terkejut Boboi tau! Hahahaha.



Ini kerana Nawazir, sebenarnya mempunyai masalah kesihatan. Jadi nya tak sesuai dibiarkan tanpa pengawasan. Oleh itu, diberikan alternative, homeschooling gitu. Tetapi ade juga ketikanya Nawazir dihantar ke “nursery” yang membantu didalam pelajaran nye.
Nak dijadikan cerita, Nawazir ini dia mempunyai sikap ingin tahu yang sungguh mendalam. Begitu peka dengan apa yang berlaku disekeliling. Ada sahaja yang soalan yang sering dilontarkan. Boleh dikatakan, Nawazir ini pot pet pot pet sepanjang masa hahaha…tak habis habis pot pet pot pet nye tu.

Merupakan anak tunggal didalam keluarga, dan merupakan cucu yang disayangi oleh datuk nenek yang tinggal di Dungun, Terengganu. Memang banyak masa Nawazir luangkan masa bersama Tok Nenek dia. Sebab Puan Masmawati, sibuk dengan kareer dan ade masanya perlu hadiri conference. Bapa Nawazir sibuk dengan urusan bisnes.


Bersambung..........


kredit:
Cikgu Rajin

http://www.selangorku.com/?p=22060



No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment ^__^ ....