Monday, 1 December 2014

Cacatan Cikgu Rajin : 2.Sesi belajar ~ Amalan pelajar cemerlang

#‎Ilmiah‬ ‪#‎Pengalaman‬ ‪#‎Sikap‬ ‪#‎Pelajar‬ ‪#‎KongsiPengalaman‬
sambungan Catatan Cikgu Rajin :



SESI BELAJAR~ Amalan pelajar cemerlang

Bermula la sesi pengajaran yang serius tetapi berkonsepkan ala ala santai gitu. Maklum la, ajar Matematik ni tak boleh serius sangat. Sebenarnya, ajar mana mana subjek pun, saya tak boleh serius sangat, tak kira la ajar add maths ke, ajar chemistry ke, ajar physics ke, tak boleh nak serius, dah cube jadi serius, tak rasa nye macam tak cun, tak molek tak manis pulak, jadi saya perlu ade nye elemen elemen yang menghiburkan. Tapi tak boleh ler pulak melampau, kang ade yg kata Tutor Raj ini otak tak betul hehehe, Pandai pandai ler kita berlawak berjenakan didalam kelas. Kita tenaga pengajar, maka, dengan itu, kita kawal mood kelas.

Harus diingatkan, saya ini hanya ade satu pelajar pada setiap sesi (2jam), maka adalah tidak wajar jika saya ingin membandingkan sesi pengajaran saya didalam kelas seperti cikgu cikgu di sekolah.
Cikgu cikgu kat sekolah tanggungjawab lebih besar, kerja banyak, banyak giler pulak tu. Tetapi saya rasa kerja yang dilakukan oleh cikgu disekolah, yang kerja kerani tu, masuk data sini sana, buat ini buat itu, sebenarnya banyak memerlukan tenaga dan saya betul betul memahamai masalah ini. Yang pelik nye tu, masalah ini bukannya baru, dah lama dah, tambah sejak ade internet ini, mak Oiii….macam macam benda remeh temeh lagi kena buat.
 
Minta maaf ye, saya rasa mereka yang kat kementerian pendidikan tu banyak buat polisi terburu buru. Dibuat nye macam ikut suka hati dia je. Bila berlaku je ape ape masalah, cikgu jugak yang dipersalahkan, konon nya tak sokong, tak dokong polisi la, itu la, ini la dan macam macam la…balik balik cikgu jugak yang kena….tak ke bengong nama nya tu? Yang paling teruk, masa kat maktab, kat university buat opsyen tertentu, tapi bila mai kat sekolah ajar benda lain. Uishhh saya memang respect, tabik spring sungguh kat para guru dan cikgu yang mengajar diluar opsyen yang mereka buat masa belajar dulu. I salute you all. Kalau saya, memang mengamuk lama dah…

eh eh..lari topic la pulak…ok ok minta maaf semua yer, teremosi le pulak bila cerita masalah guru kat sekolah ni tadi…
Oh yer, saya nak bagi tau satu perkara yang penting apa Nawazir buat setiap kali saya buat kelas dengan dia. Nak tahu ape dia buat…??? Dia mulakan kelas dengan doa ringkas, dan akhiri kelas dengan doa yang ringkas juga….haaa tu dia…Nampak tak? Nampak tak ape dia buat kat sini? Nampak??? Dia berdoa..berdoa supaya ilmu yang dia akan terima adalah berkat, dia berdoa supaya sepanjang kelas itu, segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Masya-Allah (dengan izin, benarkan saya gunakan perkataan Allah), sungguh mulia niat budak ini untuk menimba Ilmu. Semua yang dibuat adalah kerana Allah s.w.t
dan ade ketika nya bila masuk waktu solat, kelas itu dia akan hentikan seketika. Saya paham, dan saya respect yang dia perlu laksanakan tanggungjawab dia tunaikan solat.

kadang kadang tu, saya yang kena ingatkan kat dia “Eh Nawazir, dah masuk waktu solat ni, kita stop sekejap, pas tu kita sambung balik” begitu la al-kisah nya bagaimana ini merupakan salah satu rahsia dia, yang berugama Islam, Berjaya.

Setiap kali ade kelas, saya ada mukadimah yang standard saya gunakan didalam kelas saya….”Ade ape ape soalan” ataupun “Ade apa apa masalah yang ingin ditanya” dan Nawazir ini, bila setiap kali saya ajukan soalan ini, jawapannya sentiasa “yer, Sir, saya ade banyak soalan ni”….haaa Nampak tak? Nampak tak apa yang dia tanya…dia ade bukan satu soalan, tetapi BANYAK soalan…!!! Tu la sebab nya orang tua berkata “malu bertanya sesat jalan”…lain kali jangan malu bertanya…tanya jer ape ape pun…nak tanya pasal buat capati I boleh bagi tau…tapi itu topic lain yer…


Tetapi soalan yang ditanya ini kadang kadang membuat saya tak boleh ajar lesson plan yang perlu saya buat untuk tempoh waktu tersebut. Tak pe, student bertanya, saya jawab, dan saya pulak bila menjawab berjela jela. Sebab saya betul betul mahukan Nawazir paham.

Kalau disekolah, jika semua student bertanya, alamatnya sampai hujung tahun la tak akan habis sukatan.Yer la….mana taknye…sesi kat sekolah berapa masanya? Macam saya katakana tadi…cikgu kat sekolah bukan ngajor je. Banyak kerja lain yang mereka kena buat. Bila dilayan semua soalan itu nanti, tak habis sukatan…siapa yang akan disalahkan? Siapa? Cikgu jugak yang kena…balik balik tenaga pengajar jugak yang kena. Serba salah dibuatnya. Tu la pasal kerja keranian cikgu ini perlu dikurangkan…tapi pihak atasan ni pulak buat macam pekak telinga je…dunia moden ni, sepatutnya kerja jadi mudah…kerja harus dipermudahkan..tetapi sebalik nye yang berlaku…hampeh betul la…

Aduhai….minta maaf sekali lagi yer..dah terlampau emosi pulak tadi….bukan nye ape…saya ni geram…geram sungguh, geram sangat dengan orang yang suka salahkan pihak guru bila ade ape ape yg tak betul berlaku. Kalau la mana mana orang KPM baca coretan saya ini, tolong la bantu guru guru ini….mereka ni dah tenat, kekadang tu stress giler sampai blood pressure pun tinggi…paling teruk mereka yang dah kahwin tapi tak duduk bawah bumbung yang sama…uishhh tak terbayang saya, tak tau nak cakap ape….masjid yang didirikan tetapi perlu hadapi dugaan ini….aduhai…tak masuk akal langsung…ade pulak tu, bila nak minta transfer, tak dapat, aduhai berkecai hati, hancur harapan, akhirnya takde motivasi…nak buat macam mana, terima la hakikat ini seadanya…sekali lagi saya tapik spring kepada semua warga guru yang melalui proses yang perit ini….salute you all.

Laaa…emosi lagi, minta maaf…isk isk isk…ok ok…let me continue..






~ BERSAMBUNG................



kredit:
Cikgu Rajin


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment ^__^ ....